Skip to main content

Hiburan

Haliza Maysuri Puji Erra Fazira, Sanggup Gantikan Ziana Zain Buat Persembahan Pada Saat Akhir - “Mulia Betul Hati Primadona”

Erra Fazira

Sekilas

  • Haliza Maysuri memuji Erra Fazira yang sanggup menggantikan Ziana Zain membuat persembahan saat akhir di acara Oscar Gala Bawal Exclusive.
  • Ziana Zain terpaksa menarik diri kerana ibunya dalam keadaan kritikal, manakala Erra tetap hadir walaupun keesokan harinya ada majlis resepsi sendiri.
  • Erra mendapat pujian ramai wargamaya atas keikhlasan dan keperibadiannya yang mulia selain cantik rupa paras.

Usahawan terkenal, Haliza Maysuri memuji Primadona Negara iaitu Erra Fazira yang sanggup menerima tawaran untuk membuat persembahan pada saat akhir. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, Haliza memberitahu Erra menggantikan penyanyi Ziana Zain yang terpaksa menarik diri disebabkan ketika itu arwah ibunya dalam keadaan kritikal. 

 

Kongsi Haliza lagi, biarpun keesokkan harinya Erra mempunyai majlis resepsi kedua namun isteri kepada Mr E itu ikhlas untuk hadir membuat persembahan di acara Oscar Gala Bawal Exclusive. 

 

“Mulia sungguh hati Primadona. Sehari sebelum Oscar Gala Bawal Exclusive, Ziana Zain terpaksa tarik diri kerana ibunya kritikal.

 

“Dalam keadaan yang betul-betul last minute, kami hubungi Era Fazira. Sedangkan esoknya Erra ada majlis resepsi sendiri, tapi dengan ikhlas dia sanggup datang sekejap untuk perform. 

 

“Lepas itu terus balik rehearsal majlisnya. MasyaAllah… cantik bukan hanya pada rupa, tapi pada hati juga,” kongsinya. 

 

Rata-rata wargamaya turut memuji keperibadian Erra yang sememangnya mempunyai hati yang baik.  


Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement