Skip to main content

Hollywood

Hamil Anak Ketiga, Anne Hathaway Akui Tidak Letak Harapan Besar

Hamil Anak Ketiga, Anne Hathaway Akui Tidak Letak Harapan Besar

Sekilas

  • Anne Hathaway disahkan hamil anak ketiga selepas melalui pengalaman keguguran dan cabaran kesuburan pada usia 40-an.
  • Pelakon itu dan suaminya, Adam Shulman, sebelum ini mempunyai dua anak lelaki berusia 10 dan 6 tahun.
  • Hathaway berkongsi kisahnya untuk memberi sokongan kepada wanita yang menghadapi kesukaran mendapatkan zuriat dan menghargai setiap detik kehamilan.
Advertisement

Rezeki memang datang pada waktu yang paling tepat. Barangkali Itulah yang dirasai pelakon Hollywood, Anne Hathaway, apabila disahkan hamil anak ketiga selepas melalui perjalanan yang penuh dengan air mata dan kekecewaan.

Hathaway, 43, mengakui dia dan suaminya, Adam Shulman, tidak lagi meletakkan harapan tinggi untuk menambah cahaya mata kerana menyedari peluang untuk hamil pada usia 40-an agak tipis.

Advertisement

Namun takdir berkata lain apabila dirinya disahkan hamil baru-baru ini.

"Masih ada harapan selagi ia belum berakhir. Tetapi apabila usia semakin meningkat, peluang itu mungkin hanya tinggal satu atau dua peratus. Kami memilih untuk menerima apa sahaja yang telah ditentukan," katanya kepada Access Hollywood.

Jun lalu, bintang The Devil Wears Prada itu berkongsi berita gembira dia kini sedang menantikan kelahiran anak ketiga. Pasangan itu sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Jonathan, 10, dan Jack, 6.

Advertisement

Namun di sebalik kebahagiaan yang diraikan, bintang itu mengakui dia pernah melalui fasa yang cukup menyakitkan apabila mengalami keguguran.

Pengalaman tersebut bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam, malah membuatkan dia lebih menghargai setiap detik kehamilan yang dikurniakan.

"Kami benar-benar bersyukur kerana sedar tidak semua orang diberi peluang ini. Ada yang menunggu bertahun-tahun, malah ada yang langsung tidak berpeluang menjadi ibu bapa," ujarnya.

Hathaway pernah berkongsi mengenai kehilangan kandungannya ketika mengumumkan kehamilan anak kedua pada 2019.

Lima tahun kemudian, dia mendedahkan keguguran itu berlaku pada 2015 ketika menjayakan pementasan Grounded.

Apa yang lebih memilukan, dia terpaksa melakonkan adegan melahirkan bayi di atas pentas setiap malam walaupun sedang berdepan kesedihan kehilangan kandungan sendiri.

"Saya rasa tidak adil jika hanya berkongsi saat gembira kerana saya tahu ramai wanita sedang melalui perjalanan yang jauh lebih sukar. Saya faham perasaan itu," katanya.

Katanya lagi dia sengaja berkongsi kisah tersebut supaya wanita yang sedang berjuang mendapatkan zuriat tahu mereka tidak bersendirian.

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

Must Watch Video

Advertisement