Skip to main content

Hiburan

Hampir Gagal Dapat Tiket, Reza Rahadian Sifatkan PGL Menakjubkan: “Ini Mampu Menjadi Lokomotif…“

Hampir Gagal Dapat Tiket, Reza Rahadian Sifatkan PGL Menakjubkan: “Ini Mampu Menjadi Lokomotif…“

Sekilas

  • Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical 2026 masih mendapat sambutan hangat sehingga hari ke-18 pementasan di JCPAC.
  • Dua figura penting filem Indonesia, Christine Hakim dan Reza Rahadian, hadir menonton penuh muzik ini sebagai tanda sokongan dan persahabatan dengan pengarah Tiara Jacquelina.
  • Reza berharap PGL boleh menjadi inspirasi dan membuka peluang kolaborasi teater antara Malaysia dan Indonesia pada masa depan.
Advertisement

Memasuki pementasan hari ke-18,  Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical 2026, keghairahan dan keterujaan peminat masih hangat, malah kehebatan naskhah ini turut mendapat perhatian dalam kalangan karyawan seni Indonesia.

Dan bukan calang-calang, dua figura penting dalam dunia perfileman Indonesia iaitu Christine Hakim serta Reza Rahadian sanggup ’terbang’ dari Jakarta dalam sela kekosongan jadual mereka demi memenuhi keinginan menonton PGL yang dipentaskan di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC).

Advertisement

Cukup teruja usai menonton PGL, Reza, 39, duduk berbicara bersama Gempak tentang muzikal arahan perdana kali Puan Sri Tiara Jacquelina tersebut.

“Indah, menakjubkan. Saya gembira kerana akhirnya dapat menonton PGL hampir gagal tidak mendapat tiket.

“Saya harus ucapkan terima kasih kepada Ibu (panggilan buat Christine Hakim) kerana beliau mendapatkan tiket buat saya,” ujar Reza membuka bicara.

Advertisement

Aktor yang filemnya, Laut Bercerita sedang hangat ditayangkan di pawagam menyambung, kehadiran mereka berdua juga adalah atas dasar persahabatan yang telah lama terbina dengan Tiara.

Malah, tegas Reza, mereka tidak hadir sekadar ‘ada di sini’ selama 15 minit, tetapi untuk menikmati keseluruhan naskhah PGL yang dihasilkan Enfiniti tersebut.

“Kami hadir ke sini bukan hanya untuk menyokong sahabat kami, Tiara atau menonton PGL untuk tempoh 15 minit pertama kemudian kami pergi.

“Kami berada di sepanjang persembahan kerana benar-benar ingin menonton PGL. Semua tentang PGL menakjubkan, keseluruhan produksi bukan hanya pemain,” kata Reza.

Reza kemudian menyifatkan usaha Tiara mementaskan muzikal PGL sebagai satu lokomotif yang mampu menjadi permulaan buat kebangkitan lebih banyak teater bersifat demikian di Malaysia.

“Melihat ribuan penonton yang telah menonton dan ribuan lagi yang masih menunggu, saya berharap ini boleh menjadi lokomotif untuk sebarang syarikat teater lain.

“Dengan skala yang dipersembahkan, ini menjadi standard dan semoga ini menjadi harapan serta cahaya di sebalik Gunung Ledang yang boleh mendorong lebih banyak muzikal pada masa akan datang,” ulas karyawan kelahiran Bogor itu.

Sebelum pulang, Reza yang melihat PGL sebagai sebuah inspirasi besar buat seluruh industri Nusantara sempat menyampaikan hasrat untuk melihat naskhah tersebut dipentaskan di Indonesia.

“Mungkin jika ia dipentaskan dii Indonesia, kita boleh mempunyai keluarga Malaysia sebagai bahagian Melaka. Dan orang Indonesia, semua orang Indonesia, menjadi sebahagian daripada Majapahit.

“Dan itu akan menjadi sesuatu yang menarik.  Saya rasa itu akan menjadi  sebuah kolaborasi yang indah,” angan Reza lagi.

Saat diledak dengan persoalan, usul tersebut bermakna beliau bersetuju secara tidak langsung untuk terlibat dalam PGL jika punya kolaborasi Malaysia - Indonesia, aktor tersebut hanya ketawa.

Namun kata Reza lagi saat ditanya watak idaman dalam PGL: “Bukan keputusan saya untuk memilih watak apa yang mahu dijayakan, ia adalah pilihan pengarah.”

Terdahulu, sebanyak 23,000 tiket bagi 16 pementasan habis terjual dalam tempoh kurang 2 jam. Malah, persembahan tambahan Grand Finale yang bakal dipentaskan pada 17 November ini licin dalam masa 5 minit.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement