Skip to main content

Hiburan

Hampir Maut! Ubai MZ Imbas Detik Cemas Berdepan Tiga Kemalangan Jalan Raya - “Syukur Masih Selamat”

Ubai MZ

Sekilas

  • Ubai MZ berkongsi pengalaman hampir maut selepas terlibat dalam tiga kemalangan jalan raya melibatkan motosikal dan kereta.
  • Antara insiden termasuk terjatuh di lebuh raya akibat elak kereta lawan arus dan kereta berpusing selepas minyak ditabur di jalan.
  • Perkongsian Ubai di Threads mendapat perhatian ramai dengan lebih 1,700 tanda suka dan komen yang mendoakan keselamatannya.
Advertisement

Pengacara dan pempengaruh media sosial, Ubai MZ menyorot perhatian apabila berkongsi pengalamannya sewaktu berdepan beberapa detik cemas yang hampir meragut nyawanya.

Menerusi Threads, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli memaklumkan bahawa dia pernah berdepan tiga insiden kemalangan yang melibatkan motosikal dan kereta, namun bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan.

Advertisement

“Accident kat Federal, naik motor elak kereta tak bagi signal, guling atas highway. Tiga hingga empat kereta elak untuk langgar saya. Syukur masih selamat.

“Accident di lebuhraga NPE naik motor sebab ada kereta lawan arus, melayang pergi jalan sebelah. Syukur masih selamat.

“Accident di Subang, orang tabur minyak. Berpusing kereta. Total lost. Nasib tak jatuh flyover. Syukur masih selamat,” kongsinya.

Suami kepada penyanyi Shila Amzah itu berkongsi perkara tersebut di ruangan komen ciapan dibuat seorang individu yang meminta pengguna Threads lain untuk berkongsi pengalaman situasi hampir maut yang pernah dilalui.

Perkongsian Ubai itu kemudiannya meraih perhatian ramai dan setakat artikel ini ditulis, komen tersebut telah meraih lebih 1,700 tanda suka dan lebih 20 komen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur kerana Ubai selamat dan menitipkan pesan agar sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement