Skip to main content

Hiburan

Hampir RM1 Juta! Nur Shahida Belanja Besar Hadiahkan Nombor Plat ALF 1 Buat Aliff Syukri

Hampir RM1 Juta! Nur Shahida Belanja Besar Hadiahkan Nombor Plat ALF 1 Buat Aliff Syukri

Sekilas

  • Datin Seri Nur Shahida membelanjakan hampir jutaan ringgit untuk membeli nombor pendaftaran kenderaan ALF 1 sebagai hadiah kepada suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri.
  • Nombor plat ALF 1 dipilih kerana berkait rapat dengan nama Aliff dan mempunyai nilai tinggi serta potensi peningkatan harga pada masa depan.
  • Aliff Syukri menghargai hadiah tersebut dan berjanji akan melakukan apa saja untuk isterinya, malah bercadang membeli nombor plat tambahan.
Advertisement

Demi suami tercinta, usahawan, Datin Seri Nur Shahida sanggup membelanjakan wang dalam jumlah besar sehingga hampir mencecah jutaan ringgit untuk membeli nombor pendaftaran kenderaan ALF 1 sebagai hadiah buat Datuk Seri Aliff Syukri.

Menurut Shahida atau nama sebenarnya, Nur Shahida Mohd Rashid, keputusan membeli nombor pendaftaran istimewa itu dibuat selepas bosan mendengar suaminya berulang kali menyuarakan hasrat untuk memilikinya.

Advertisement

"Mula-mula macam-macam dia cakap kepada saya, kereta itu untuk kegunaan pejabat dan sebagainya. Memang saya tak bagi pada awalnya, tetapi bila dia dah merentan-rentan, saya bagi sahajalah.

"Nombor plat itu dia sudah lama inginkan, tetapi sekejap nak beli, sekejap tidak.

"Namun, apabila berulang kali mengulang perkara sama, akhirnya saya buat keputusan biarlah saya sahaja yang beli.

Advertisement

"Bagi saya dia dah kerja kuat, siang malam buat live sana sini. Jadi apa salahnya dia reward diri sendiri. Lagipun duit dia sendiri," katanya kepada Gempak.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan nombor ALF 1, Shahida menjelaskan ia mempunyai kaitan dengan nama suaminya, Aliff.

Malah harga nombor pendaftaran satu digit sememangnya tinggi kerana mempunyai nilai tersendiri, selain berpotensi meningkat pada masa akan datang.

"ALF 1 itu sebab Aliff. Sebelum ini kami sudah ada nombor ADH 1 dan PMD 1.

"Harganya memang mencecah enam angka kerana nombor plat satu digit seperti nombor 1 ini memang mahal.

"Bagaimanapun, nilai pasarannya boleh meningkat dan nombor ini juga boleh digunakan sehingga ke anak cucu," ujarnya.

Sementara itu, Aliff turut menzahirkan penghargaan terhadap isterinya yang sanggup menunaikan hasrat tersebut.

"Saya berjanji akan lakukan apa saja untuk awak. Walaupun harga kereta itu tidak mahal tetapi awak mahal di hati saya.

"Sekarang ini nombor plat 1 dah ada tiga, kalau awak (Shahida) bagi, saya nak beli satu lagi," tambah Aliff.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement