Skip to main content

Hiburan

Hampir Setahun Bertarung Nyawa, Jessie J Umum Kini Bebas Daripada Kanser Payudara - “Saya Menangis Berjam-Jam Kerana Lega”

Astro Gempak 486

Sekilas

Penyanyi antarabangsa terkenal, Jessie J mengumumkan dirinya kini bebas kanser selepas hampir setahun berdepan penyakit kanser payudara.

Berita gembira itu dikongsikan penyanyi lagu Price Tag tersebut menerusi satu video dimuat naik dalam Instagram ketika sedang menjalani pemeriksaan imbasan MRI tahunan.

“Keputusan dah keluar dan saya bebas kanser,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Jessie atau nama sebenarnya Jessica Ellen Cornish turut mengakui dia menangis selama beberapa jam selepas menerima berita berkenaan.

“Saya menangis selama berjam-jam dan buat pertama kali dalam setahun saya rasa lega,” katanya.

Jun tahun lalu, Jessie J mendedahkan dia disahkan menghidap kanser payudara sebelum menjalani pembedahan pada bulan sama.

Bagaimanapun, dua bulan kemudian dia terpaksa menyusun semula jadual jelajah konsert selain membatalkan beberapa persembahan selepas perlu menjalani rawatan lanjut.

Menurut penyanyi berusia 37 tahun itu, dia memilih untuk berkongsi mengenai penyakitnya secara terbuka bagi membantu dirinya memproses emosi selain memberi sokongan kepada pesakit lain.

Jessie yang melahirkan seorang anak lelaki pada 2023 turut mengakui pengalaman tersebut memberikan perspektif baharu dalam hidupnya.

Sebelum ini, Jessie J juga pernah berdepan beberapa masalah kesihatan termasuk penyakit jantung ketika kecil, strok sewaktu remaja dan penyakit Meniere yang menyebabkan dia hilang pendengaran sementara pada 2020.

Pada 2024, penyanyi itu turut mendedahkan dirinya didiagnosis dengan ADHD dan OCD.

Jessie J terkenal menerusi beberapa lagu hit termasuk Price Tag, Domino dan Bang Bang bersama Ariana Grande serta Nicki Minaj.

Advertisement

Anda mungkin berminat dengan

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

Must Watch Video

Advertisement