Skip to main content

Hiburan

Hanis Zalikha Kongsi Tips Kekal ‘Slim’ Di Usia 35 Tahun - “Waktu Tidur Saya Pakai…”

Hanis Zalikha Kongsi Tips Kekal ‘Slim’ Di Usia 35 Tahun - “Waktu Tidur Saya Pakai…”

Sekilas

  • Hanis Zalikha berkongsi rutin menjaga badan ramping walaupun sudah berusia dan mempunyai dua anak.
  • Disiplin tinggi dan kawalan pemakanan menjadi kunci utama, bukan faktor genetik semata-mata.
  • Hanis kini fokus pada kecergasan dan mula bersenam untuk kekuatan otot sambil memakai waist trainer ketika tidur.
Advertisement

Meskipun usianya semakin meningkat namun pelakon, Hanis Zalikha dilihat berjaya mengekalkan bentuk badan yang ramping dan sihat.

Terbaharu, Hanis tampil berkongsi rutin yang diamalkannya selepas seorang pengikut bertanyakan rahsia dirinya kekal langsing dikala dirinya sudah pun mempunyai dua orang cahaya mata.

Advertisement

Jelas isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini, faktor genetik bukanlah sebab utama sebaliknya disiplin yang tinggi menjadi faktor utama dia mendapatkan bentuk badan sedemikian.

“Saya nak kata sebab faktor genetik, tapi sebenarnya tidak juga. Semakin meningkat usia, semakin sukar untuk mengekalkan bentuk badan,” kongsinya

Hanis berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran yang dibuat di Instagram Story (IGs).

Advertisement

Dalam masa yang sama, Hanis memaklumkan bahawa dia lebih mengutamakan kawalan terhadap makanan yang diambil selain turut mengamalkan beberapa rutin tertentu.

Dalam masa yang sama, Hanis memaklumkan dia kini mula memberi perhatian yang lebih kepada aspek kecergasan bagi membantu mendapatkan otot yang lebih kuat.

“Saya makan secara sederhana (cuma pilihan makanannya pelbagai) dan saya memakai waist trainer semasa tidur.

“Baru tahun inilah saya benar-benar memahami kepentingan otot dan kecergasan, jadi saya baru mula nak bersenam,” tambahnya lagi.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement