Skip to main content

Selebriti

Hans Isaac Kahwin Jun Tahun Depan, Jatuh Hati Dengan Keperibadian Francisca Luhong - “Sebenarnya Sudah 7 Tahun Saya Kenal Dia…”

Hans Isaac Kahwin Jun Tahun Depan, Jatuh Hati Dengan Keperibadian Francisca Luhong - “Sebenarnya Sudah 7 Tahun Saya Kenal Dia…”

Sekilas

  • Datuk Hans Isaac akan melangsungkan perkahwinan dengan bekas Miss Universe Malaysia, Francisca Luhong, pada Jun tahun depan selepas bertunang di Perancis.
  • Mereka merancang dua majlis perkahwinan di Kuala Lumpur dan Kuching serta perlu menghadiri beberapa kursus perkahwinan mengikut.
  • Hans dan Francisca sudah lama berkawan selama tujuh tahun dan hubungan mereka berkembang secara semula jadi sebelum melangkah ke fasa seterusnya.
Advertisement

Pelakon dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac, memaklumkan bakal melangsungkan majlis perkahwinannya dengan kekasih hati yang juga merupakan bekas Miss Universe Malaysia,Francisca Luhong pada Jun tahun depan.

Berkongsi berita gembira itu, Hans berkata, dia dan Francisca telah bertunang beberapa minggu lalu di Perancis tanpa mendedahkan tarikh sebenar.

Advertisement

“Pada awalnya saya ke sana untuk urusan kerja dan Francisca pun tidak tahu hasrat saya untuk bawa dia ke sana. Saya pun hanya menyuruh dia menyediakan pasport sahaja untuk menemani saya bekerja.

“Tentang majlis pula, setakat ini perancangannya pada pertengahan tahun depan. Kami akan mengadakan dua buah majlis iaitu di Kuala Lumpur dan Kuching kerana dia mempunyai ramai keluarga di sana.

“Ada proses juga daripada agama kami yang perlu diselesaikan. Kami perlu menghadiri beberapa kursus perkahwinan.

Advertisement

“Saya teruja dan gembira berkongsi akhirnya bertemu dengan cinta hati saya,”katanya.

Hans berkata demikian ketika ditemui selepas program Meletop di Astro Bukit Jalil, malam tadi.

Bercakap mengenai tunangnya, Hans berkatadia mula jatuh cinta dengan keperibadian Francisca yang mudah mesra dan pandai membawa diri ketika bersama keluarga dan rakan-rakan baiknya.

“Sebenarnya tiada orang tahu yang kami sudah lama berkawan, sudah tujuh tahun mengenali dia. Hubungan kami berlaku secara ‘natural’, dan akhirnya saya memulakan langkah untuk ke fasa seterusnya.

“Saya suka tengok dia boleh bergaul dan lepak dengan kawan-kawan saya. Kalau nak bawa ke majlis rasmi pun dia pandai bawa diri.

“Francisca pun sudah rapat dengan keluarga saya. Itu paling penting kerana saya mahu teman hidup yang boleh bergaul dan menyayangi keluarga saya,” jelasnya.

Untuk info, Isnin lalu, Hans mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama Francisca dalam masa terdekat.

Menurut Hans, keputusannya untuk mengahwini Francisca merupakan keputusan terbaik yang pernah dibuatnya.

Anda mungkin berminat dengan

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Must Watch Video

Advertisement