Skip to main content

Selebriti

Hans Isaac Umum Bakal Berkahwin Dengan Ratu Cantik, Francisca Luhong - “She Said Yes!”

Hans Isaac Umum Bakal Berkahwin Dengan Ratu Cantik, Francisca Luhong - “She Said Yes!”

Sekilas

  • Datuk Hans Isaac mengumumkan pertunangan dengan bekas Miss Universe Malaysia, Francisca Luhong, menerusi hantaran di media sosial.
  • Francisca yang berasal dari Kuching, Sarawak, pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Universe 2020.
  • Berita gembira ini mendapat perhatian dan ucapan tahniah daripada rakan artis serta netizen.
Advertisement

Pelakon dan juga Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama bekas Miss Universe Malaysia, Francisca Luhong.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Hans menerusi satu hantaran di media sosial apabila mendedahkan Francisca sudah menerima lamaran yang dibuatnya.

Advertisement

Menerusi perkongsian tersebut, Hans meluahkan rasa syukur dan teruja apabila Francisca bersetuju untuk menjadi teman hidupnya.

“Dia berkata.......Yes! Selamanya bersama insan kegemaran saya. Untuk selamanya bersama awak, bakal isteri saya yang berketurunan Kayan/Iban.

“Keputusan terbaik yang pernah saya buat dan dia berkata ya. Sekarang dia sudah terikat dengan saya. Tiada lagi soalan… ‘Hans, bila nak kahwin?’” coretnya.

Advertisement

Untuk info, Francisca Luhong James merupakan anak jati kelahiran Kuching, Sarawak dan merupakan model dan ratu cantik yang pernah dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2020.

Francisca pernah mewakili negara ke pertandingan Miss Universe 2020.

Hantaran itu turut mengundang perhatian rakan-rakan seperjuangan dalam gelangang seni serta warga maya yang memuat turun komen serta ucapan tahniah buat Hans dan bakal isterinya.

Anda mungkin berminat dengan

10 inches Love Shape Wedding Party Decoration Balloon (10pcs) 19457

10 inches Love Shape Wedding Party Decoration Balloon (10pcs) 19457

Must Watch Video

Advertisement