Skip to main content

Hiburan

Hantaran Pak Cik Terkandas Ketika Naik ERL Raih Perhatian Netizen - “Abah Dah Sampai Ke?”

Pak Cik

Sekilas

  • Seorang warga emas berkongsi pengalaman tren ERL dari KLIA ke Kuala Lumpur yang dipercayai terlanggar sesuatu dan menyebabkan bunyi kuat.
  • Penumpang diminta menukar tren di stesen TBS dan terpaksa menunggu lebih setengah jam sebelum meneruskan perjalanan.
  • Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dengan lebih 25,000 tanda suka dan 400 komen, ramai berseloroh memanggilnya 'abah' dan bertanya khabar keselamatannya.

Hantaran seorang warga emas yang berkongsi situasi yang dialaminya ketika menaiki tren ERL dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Kuala Lumpur telah menyorot perhatian ramai.

Menerusi hantaran di Threads, warga emas tersebut memaklumkan tren yang dinaikinya dipercayai terlanggar sesuatu sehingga menghasilkan bunyi kuat sebelum para penumpang diminta menukar tren lain di stesen Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

“ERL dari KLIA ke KL terlanggar apa benda, kuat bunyi.

“Kena tukar tren lain di stesen TBS, menunggu lebih setengah jam dah,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, tanpa disangka perkongsiannya itu secara tiba-tiba menjadi perhatian ramai apabila hantaran tersebut meraih lebih 25,000 tanda suka dan dibanjiri lebih 400 komen.

Malah, ramai berseloroh mesra memanggil lelaki itu sebagai ‘abah’ sambil bertanyakan sama ada dia sudah tiba di destinasi dengan selamat.

“Abah dah sampai ke? Tolong update…”

“Risau pula baca posting abah ni.”

“Harap semuanya okay, nanti update ya pak cik,” antara komen netizen.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Advertisement