Skip to main content

Viral

Hantaran 'Penunggang Agama' Di Threads Cecah 9.2 Juta Capaian, Peguam PU Riz Hantar LOD, Tuntut Pampasan RM1 Juta

Hantaran 'Penunggang Agama' Di Threads Cecah 9.2 Juta Capaian, Peguam PU Riz Hantar LOD, Tuntut Pampasan RM1 Juta

Sekilas

  • PU Riz mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memfitnahnya sebagai ‘penunggang agama’ melalui hantaran di platform Threads yang mendapat capaian lebih 9 juta.
  • Surat tuntutan telah diserahkan dengan lima tuntutan termasuk permohonan maaf terbuka dan pampasan RM1 juta, namun tiada maklum balas diterima dan hantaran masih belum dipadamkan.
  • Kontroversi ini timbul selepas pembatalan acara Nunha Meet & Greet yang mencetuskan ketidakpuasan hati peserta berkaitan bayaran balik tiket.
Advertisement

Pendakwah bebas, PU Riz mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa memfitnahnya menerusi hantaran di platform Threads sehingga menjejaskan reputasinya.

PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 31, didakwa dilabel sebagai ‘penunggang agama’ menerusi hantaran yang mendapat perhatian meluas dalam kalangan pengguna media sosial.

Advertisement

Peguam yang mewakilinya, Faizal Rahman memaklumkan pihaknya sudah menyerahkan surat tuntutan (LOD) kepada individu terbabit pada Khamis menerusi e-mel dan WhatsApp.

Menurut Faizal, tuduhan tersebut disifatkan serius memandangkan anak guamnya mempunyai kelayakan akademik serta tauliah mengajar agama.

"Label ‘penunggang agama’ ini amat berat. Apabila gelaran tersebut dilemparkan kepada seseorang yang terbukti mempunyai kelayakan dan tauliah mengajar agama, ia merupakan satu fitnah yang serius dalam masyarakat.

Advertisement

"Akaun Threads tersebut mempunyai capaian yang meluas. Sewaktu tindakan diambil, tontonannya mencecah lebih 2 juta dan kini sudah mencapai kira-kira 9.2 juta capaian.

"Pihak kami perlu menyekat perkara ini agar fitnah tidak terus berleluasa. Surat tuntutan (LOD) telah diserahkan semalam (Khamis) melalui e-mel dan WhatsApp, dan kedua-duanya telah pun diterima oleh individu berkenaan," katanya kepada Gempak.

Faizal berkata demikian pada sidang media khas yang berlangsung di pejabat Faizal & Co, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.

Dalam masa sama, Faizal memaklumkan pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada individu terbabit, malah hantaran yang dipertikaikan juga belum dipadamkan.

Jelasnya, pihak PU Riz turut mengemukakan lima tuntutan terhadap individu berkenaan, termasuk permohonan maaf secara terbuka dan bayaran pampasan sebanyak RM1 juta.

"Sehingga kini belum ada sebarang maklum balas dan hantaran tersebut masih belum dipadamkan. Kami menetapkan beberapa syarat termasuk pampasan ganti rugi kerana kerosakan reputasi telah pun berlaku.

"Lima tuntutan yang kami beri adalah untuk menurunkan dan memadamkan hantaran yang dimuat naik, berhenti berkongsi sebarang hantaran berkaitan, memberi jaminan untuk tidak mengulangi lagi perkongsian berkaitan ini.

"Selain itu, individu itu juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar pampasan sebanyak RM1 juta," katanya.

Terdahulu, PU Riz dan isterinya, selebriti Neelofa menjadi perhatian selepas acara Nunha Meet & Greet yang dijadualkan berlangsung di Johor pada 24 Oktober lalu dibatalkan atas faktor keselamatan dan kesihatan susulan keadaan jerebu.

Pembatalan tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati apabila peserta mendakwa tidak ditawarkan bayaran balik secara tunai, sebaliknya diberikan pilihan penebusan seperti tiket wayang TGV, kredit pembelian di kedai Nunha atau pertukaran kepada produk.

Bagaimanapun, Neelofa tampil menjelaskan pihaknya tidak pernah memaksa peserta menerima pilihan berkenaan, selain memaklumkan proses bayaran balik penuh sedang dilaksanakan kepada mereka yang memilih kaedah tersebut.

PU Riz turut menafikan dakwaan tiket wayang dijadikan pengganti bayaran balik, sebaliknya menegaskan sebarang pertukaran kepada kredit atau barangan dibuat berdasarkan persetujuan pembeli.

Kontroversi berkenaan kemudian mengundang pelbagai reaksi di media sosial, termasuk hantaran yang didakwa mengandungi unsur fitnah terhadap PU Riz sehingga mendorongnya mengambil tindakan undang-undang.

Anda mungkin berminat dengan

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Must Watch Video

Advertisement