Skip to main content

Hiburan

Hantaran Tahun Baharu Yusuf Bahrin Dihencap Netizen Gara-Gara…

Yusuf Bahrin

Pelakon, Yusuf Bahrin menyorot perhatian netizen selepas berkongsi beberapa gambar untuk ‘recap’ kembali perjalanan hidupnya pada tahun 2025. 

Menerusi hantaran di platform Threads, Yusuf meluahkan rasa syukur untuk tahun 2025 dan bersedia melangkah untuk masuk ke tahun baharu. 

“Alhamdulillah 2025, Bismillahirrahmanirrahim 2026,” tulisnya ringkas. 



Namun apa yang menjadi tumpuan netizen adalah apabila pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu tidak berkongsi gambar isterinya yang juga penyanyi, Zizi Kirana. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membidas tindakan Yusuf yang berkongsi gambar bersama wanita lain namun tidak isterinya. 

"Yang ada gambar terselit perempuan2 tak berhijab dan bukan Mahram 🥲 wife punya gambar tak ada pun hmm jgn alasan tak nak expose sbb takut ain, tapi gambar perempuan lain Di expose waima hanya sekedar kerja, lucu u! 

"Ada wife, buat cara ada wife. ni sampai tak selit langsung gambar wife.

"Next time please selitkan your wife. 

"Mana gambo bini engko bang. 

"Menahan jari. Menahan mulut je ni," komen netizen. 

Terdahulu, sekitar Julai 2024 terdapat artikel mendakwa pasangan itu sudah tidak lagi mengikuti laman Instagram masing-masing malah perkongsian Zizi di Threads juga mendapat perhatian. 

Lebih menimbulkan tanda tanya, hantaran pelantun lagu Eh itu dalam aplikasi Threads baru-baru ini sarat dengan kata-kata berbaur luahan hati dan penuh makna tersirat.

Bagaimanapun, Yusuf menafikan dakwaan tersebut dan mengulas mengenai isu ‘unfollow’ di media sosial, kata Yusuf, itu bukanlah perkara baharu dalam hubungan mereka dan tidak seharusnya dijadikan sebagai spekulasi.

Sekadar info, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan.

Must-Watch Video

Advertisement