Sekilas
- Pelakon Adam Lee memuat naik hantaran romantik di media sosial khas untuk isterinya, Sweet Qismina.
- Dalam kapsyen, Adam menegaskan kesetiaannya dengan berkata, "Hantarlah 1000 Jamilah sekalipun, hati saya tetap Qismina 💙."
- Rata-rata netizen memberi amaran supaya Adam tidak curang terhadap isterinya dalam ruangan komen.
- Adam Lee dan Sweet Qismina telah berkahwin pada 24 Oktober 2022.
- Majlis pernikahan mereka disempurnakan oleh abang Sweet, Fahed Ashraf Supandi, dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan serta imam Masjid Darul Ehsan.
Pelakon, Adam Lee mencuri perhatian warganet selepas memuat naik satu hantaran romantik yang ditujukan buat isterinya, Sweet Qismina di media sosial baru-baru ini.
Dalam hantaran tersebut, Adam menulis kapsyen ringkas yang menegaskan kesetiaannya terhadap Sweet.
“Hantarlah 1000 Jamilah sekalipun, hati saya tetap Qismina 💙,” tulisnya. 
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memberi amaran kepada pelakon filem Babah tersebut untuk tidak berlaku curang terhadap isterinya.

Sekadar info, Adam Lee dan Sweet Qismina selamat bergelar suami isteri pada 24 Oktober 2022.
Pasangan ini dinikahkan oleh abang kepada Sweet iaitu Fahed Ashraf Supandi serta disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap imam Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak Gombak Selangor, Mohamad Khairi Hussein.