Sekilas
- Datin Lisa Surihani berkongsi perasaan rindu yang mendalam terhadap keluarga sepanjang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Makkah.
- Lisa bersyukur suaminya, Yusry, dan ibunya menjaga anak-anak dengan baik ketika dia berjauhan menunaikan rukun Islam kelima itu.
- Yusry merancang kejutan istimewa untuk anak-anak menyambut kepulangan Lisa selepas ibadah haji, walaupun dia tidak dapat menemani isteri kerana visa tidak diluluskan.
Pelakon, Datin Lisa Surihani mengakui bukan mudah untuk berjauhan dengan keluarga tercinta sepanjang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Makkah.
Bagaimanapun, Lisa bersyukur Yusry berada disisi anak mereka sepanjang dia menunaikan rukan islam kelima itu.
“Sudah tentu saya rindu keluarga saya, macam bila cakap pasal abang (Yusry), anak-anak mesti akan rasa sedih.
“Apa yang penting adalah mereka semua okay itu yang buat saya bersyukur sangat yang abang dan mak tolong jaga-jaga anak-anak,” katanya kepada Gempak.
“Untuk saya sebenarnya tidak mudah, meskipun mereka dirumah tapi kalau mereka susah hati ataupun menangis saya sudah risau. Tapi bila abang kongsi mereka gembira, alhamdulillah Allah pelihara untuk pastikan mereka okay.
“Untuk tahu mereka semua okay itu sudah melegakan tapi semestinya saya merindui mereka sangat-sangat. Hanya Allah jelah tahu perasaan dia. Nak keluar Allah maha mengetahui.
Dalam hati saya macam mana. Dalam jantung saya ni macam mana Allah maha mengetahui. Tapi saya sangat merindui mereka,” tambahnya.
Terdahulu, Yusry Abd Halim meluahkan rasa syukur apabila dapat bersatu kembali bersama isterinya, Lisa Surihani.
Menurut Yusry, dia dan isteri telah merancang kejutan istimewa buat anak-anak untuk menyambut kepulangan ibunya yang menunaikan ibadah haji.
Lisa selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan rukun Islam kelima musim haji tahun ini. <
Bagaimanapun, Lisa menunaikan ibadah tersebut seorang diri tanpa ditemani Yusry kerana kegagalan rayuan visanya.