Skip to main content

Hiburan

Hanya Buat 200 Pek Sehari, Netizen Kira ‘Sale’ Sebulan Nasi Ayam Noor Kartini - “Kalau Kiraan Kasar Sebulan…”

Nasi Ayam Noor Kartini

Sekilas

  • Datin Noor Kartini Noor Mohamed, ibu kepada selebriti Noor Neelofa, kini tular dengan perniagaan nasi ayamnya yang hanya menyediakan 200 pek sehari.
  • Harga nasi ayam tersebut ialah RM26 sebekas, menjana anggaran jualan harian sebanyak RM5,200 dan bulanan sekitar RM145,600.
  • Anak sulung Kartini, Noor Sara Adinna, menjelaskan perniagaan ini bukan semata-mata untuk kekayaan, tetapi mempunyai kisah tersirat yang tidak diketahui ramai.
Advertisement

Sejak akhir-akhir ini, tular di media sosial mengenai perniagaan nasi ayam yang diusahakan Ibu kepada selebriti Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed.

Terbaharu, tular satu video memaparkan Kartini yang lebih mesra disapa Mama Tini dimuat naik akaun @kl.foodie.

Advertisement

Menerusi video dimuat naik, Kartini berkongsi cara penyediaan yang dibuatnya sambil memaklumkan bahawa dia hanya menyediakan sebanyak 200 bungkus untuk dijual setiap hari.

“Inilah dia nasi ayam Mama Tini. Satu hari mama buat hanya 200 pek sahaja,” kongsinya

Perkongsian itu kemudiannya mencetus pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mula membuat kiraan berdasarkan jumlah jualan harian yang dikongsikan Kartini.

“Mama Tini cakap hanya ada 200 pack sehari. Maksudnya 200 pek darab RM26 bersamaan RM5200 sehari

“Kalau kiraan kasar sebulan, 28 hari dikalikan dengan RM5,200 bersamaan RM145,600.

“Berapa agaknya kos nasi ayam Mama Tini,” kongsi individu tersebut.

Terdahulu, Kartini meraih pujian ramai selepas nasi ayam air tangannya sendiri yang dijual pada RM26 sebekas itu disifatkan sedap dan berbaloi dengan harga yang dikenakan.

Anak sulung kepada Kartini iaitu Noor Sara Adinna kemudiannya tampil berkongsi mengenai kisah disebalik perniagaan nasi ayam milik keluarganya yang berharga RM26 sebekas itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sara memaklumkan bahawa mereka berniaga bukanlah untuk kekayaan semata-mata, namun mempunyai kisah tersirat yang tidak diketahui ramai.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement