Skip to main content

Hiburan

Hanya Ditemani Dinding & Jeriji Besi, Azar Azmi Hanya Mampu Doa Untuk Anak - “Tak Pernah Terfikir Satu Hari Aku Akan Ke Situ”

ASTROGEMPAK Azar Azmi

Sekilas

  • Pelakon Azar Azmi berkongsi pengalaman pahit ketika ditahan reman atas dakwaan kes penipuan yang dianggap detik terburuk dalam hidupnya.
  • Azar menggambarkan kesunyian dan kesukaran berada dalam lokap, hanya mampu berdoa agar anak-anaknya dilindungi Allah.
  • Dia menegaskan tidak bersalah dan tampil bersuara selepas dibebaskan bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan kerugian RM1.5 juta.

Pelakon Azar Azmi mengakui pengalaman wajahnya dipapar secara umum dan tangannya digari ketika ditahan reman atas dakwaan kes penipuan merupakan detik paling terburuk dalam kehidupannya. 

 

Menurut Azar, dia sama sekali tidak pernah membayangkan dirinya akan melalui pengalaman berada di dalam lokap yang hanya ditemani dinding dan jeriji besi.

 

“Wajah dah terpapar, tangan dah ada gelang macam tu. That is the worst la dalam kehidupan aku yang aku rasa macam aku tak pernah terbayanglah, aku tak pernah terfikir yang satu hari aku akan ke situ. 

 

“Aku tak ada siapa. Aku tak ada tempat nak cakap. Aku tak ada tempat mengadu. Aku cuma ada dinding. Aku cuma ada jerigi tiang tu aku boleh cakap dengan siapa,” kongsinya. 

 

Dalam pada itu, Azar berkata satu-satunya perkara yang mampu dilakukan ketika berada dalam tahanan adalah berdoa agar anak-anaknya sentiasa dilindungi Allah.

 

“Aku boleh doa. Aku cakap, ‘tolonglah lindungi darah daging aku yang ada dekat luar’. Sebab aku tak boleh nak buat apa kat dalam,” katanya lagi. 

 

Azar akhirnya tampil bersuara setelah dibebaskan oleh pihak polis selepas direman bagi membantu siasatan kes penipuan perjualan tanah kurnia melibatkan kerugian RM1.5 juta dan urusan darjah kebesaran. 

 

Mengakui sudah berasa lelah dengan kehidupannya, Azar menerusi temu bual sebuah program hiburan menegaskan dia tidak melakukan perkara yang didakwa itu. 

Anda mungkin berminat dengan

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must-Watch Video

Advertisement