Skip to main content

Konsert

Hanya M Nasir Mampu Buat Siti, Ziana Jadi ‘Mangsa’, Kolaborasi Spontan Tetap Mega!

ASTRO GEMPAK mnasir (13)

Sekilas

  • Konsert solo Datuk M Nasir, M.N47IR CIPTA 4 di Unifi Arena Kuala Lumpur menjadi meriah apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ziana Zain menyanyi secara spontan bersama beliau di pentas.
  • Siti Nurhaliza dan Ziana Zain menerima jemputan tanpa persediaan untuk menyanyikan lagu hit M Nasir, termasuk Bagaikan Sakti dan Halaman Asmara, yang mendapat sambutan hangat peminat.
  • Konsert ini juga meraikan ulang tahun ke-68 M Nasir dengan kehadiran artis terkenal serta persembahan istimewa dari Dato Awie dan Melly Goeslow.
Advertisement

Konsert solo Datuk M Nasir menerusi M.N47IR CIPTA 4 di Unifi Arena Kuala Lumpur menjadi ‘kecoh’ apabila dua penyanyi unggul negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ziana Zain naik ke pentas untuk menyanyi secara spontan bersama meastro seni itu.

M. Nasir malah secara berseloroh berkata: “Saya dengar Siti Nurhaliza boleh menyanyi, kalau hendak silakan.”

Advertisement

Usikan spontan itu disambut Siti yang hadir ditemani suami, Datuk Khalid Muhamad Jiwa selepas seluruh stadium juga bersorak untuk melihat kolaborasi dua figura hebat tanah air.

Dengan santun dan sporting, Siti sempat mengakui tidak boleh menolak ajakan M Nasir kerana beliau seorang legenda yang dihormati dan disegani.

“Demi seorang lagenda yang saya hormati dan hari ulang tahunnya hari ini, saya sudi menyanyi.

“Saya cuba ya walaupun tiada earpiece,” katanya sambil disambut penuh teruja peminat yang memenuhi konsert anjuran Icon Entertainment tersebut.

Siti kemudian mengakui lagu yang didendangkan bersama M Nasir iaitu Bagaikan Sakti, lagu tema filem epik Puteri Gunung Ledang yang menerima sambutan luar biasa sebagai salah satu karya paling hebat pernah dinyanyikan.

Selain Siti, Ziana Zain juga menjadi ‘mangsa’ M Nasir yang dengan ‘sekali petik’ mengajak penyanyi tersebut mendendangkan hit ciptaannya bersama.

Sama seperti Siti, Ziana menerima lamaran tersebut tanpa persediaan namun berjaya mengalunkan Halaman Asmara dengan cukup mengujakan.

Ironi, M Nasir sudah mempunyai dua penyanyi jemputan iaitu Dato Awie dan Melly Goeslow yang diterbangkan dari Indonesia dengan persembahan tidak kurang hebat.

Pada malam bersejarah itu,  M.N47IR CIPTA 4 turut menyaksikan M Nasir diraikan dengan majlis ulang tahun ke-68 yang jatuh pada tarikh sama.

Sambil memotong pulut kuning dan dikelilingi rakan artis yang hadir, M Nasir sempat berlucu dengan melaungkan: “Takbir!”

M.N47IR CIPTA 4  merupakan konsert keempat dan terakhir dalam siri sama yang pertama kali dianjurkan pada Ogos 2024.

Anda mungkin berminat dengan

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Must Watch Video

Advertisement