Skip to main content

Hiburan

Hanya Perlu Kontroversi & Jutaan Pengikut Untuk Jadi Artis, Ieda Moin Luah Fakta Pahit Industri Seni, Isyariana Mengaku Sedih Dinilai Berdasarkan Jumlah ‘Followers’

dggdg

Sekilas

  • Ieda Moin berkongsi pandangan bahawa industri seni kini lebih mengutamakan populariti dan jumlah pengikut media sosial berbanding bakat dan pengalaman.
  • Beliau menyifatkan realiti ini sebagai fakta, bukan auta, dan menyatakan artis hanya perlukan populariti, followers berjuta, dan kontroversi untuk berjaya.
  • Pelakon Isyariana turut bersetuju dan meluahkan rasa sedih kerana penilaian artis kini banyak bergantung pada jumlah pengikut di media sosial.
Advertisement

Pelakon, Ieda Moin berpandangan industri seni masa kini lebih mementingkan populariti dan jumlah pengikut di media sosial berbanding bakat serta pengalaman sebenar seseorang artis.

Pandangan itu dikongsikan menerusi satu hantaran di platform Threads, di mana Ieda secara terbuka meluahkan realiti yang disifatkannya sebagai ‘fakta’ tentang landskap industri hiburan ketika ini.

Advertisement

“Nak hidup sebagai artis di zaman sekarang? Tak perlu bakat dan pengalaman dah diknon.

“Hanya berbekalkan populariti, followers berjuta, kontroversi, pakej cantik bergaya, tercalon dan memenangi anugerah pilihan peminat, insya-Allah adalah tempatmu di dalam industri.

“Ini adalah fakta, bukan auta bak kata mereka dan keluarga mereka,” tulisnya.

Advertisement

Kenyataan tersebut nyata mencuri perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk dalam kalangan rakan artis sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, pelakon Isyariana turut menyatakan persetujuan dengan pandangan Ieda sambil meluahkan rasa sedih apabila penilaian terhadap artis kini banyak bergantung kepada jumlah pengikut di media sosial.

“Ye, saya pun dinilai dari followers kak. Followers saya tak sampai milion,” luah Isyariana serta emoji sedih.

Membalas komen itu, Ieda mengakui situasi tersebut sememangnya menyedihkan dan mencerminkan realiti pahit industri hiburan masa kini.

“Faham sedihkan dik, sampai tahap macam itu sekali industri kita sekarang,” jawabnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Lovito Casual Top Spring/Summer New Chinese Style Cheongsam Qipao Asymmetrical Bow Khaki Top for Women L166AD394 Lovito Baju Kasual Musim Bunga/panas Baharu Cheongsam Qipao Gaya Cina Berbentuk Reben Asimetri Khaki Atasan Untuk Wanita L166AD394

Bayu Somerset Calanthe Kurung Pink

Bayu Somerset Calanthe Kurung Pink

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Must Watch Video

Advertisement