Skip to main content

Antarabangsa

Hanya Telur Rebus & Minyak Zaitun, Diet Artis Korea Selatan Ini Boleh Kenyang Sepanjang Hari!

Hanya Telur Rebus & Minyak Zaitun, Diet Artis Korea Selatan Ini Boleh Kenyang Sepanjang Hari!

Sekilas

  • Penyanyi dan pelakon Korea Selatan, IU, berkongsi menu ringkas telur rebus dengan minyak zaitun yang membuatkan dia kenyang lebih lama.
  • IU menjelaskan minyak zaitun membantu memberikan rasa kenyang kerana kandungan lemaknya, terutama jika dimakan ketika sarapan.
  • Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi peminat, dengan sesetengahnya berminat mencuba manakala yang lain bimbang ia terlalu ekstrem sebagai cara menahan lapar.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon Korea Selatan, IU mencuri perhatian selepas berkongsi menu ringkas yang menjadi pilihannya untuk membuatkan dirinya berasa kenyang lebih lama.

Perkara itu dikongsikan IU ketika menghadiri acara khas bersama peminat pada 20 September lalu sempena tayangan semula dua filem konsertnya, ‘IU CONCERT: The Golden Hour’ dan ‘IU CONCERT: THE WINNING’.

Advertisement

Ketika sesi soal jawab, seorang peminat bertanyakan apakah menu makan malam yang bakal dinikmatinya sebelum IU memberikan jawapan cukup ringkas.

“Saya rasa saya akan makan telur rebus,” katanya.

Melihat reaksi terkejut peminat, pelantun lagu ‘Palette’ itu kemudian berkongsi cara kegemarannya menikmati telur rebus iaitu dengan menambahkan sedikit minyak zaitun.

Advertisement

Menurut IU, kombinasi tersebut terutama jika diambil ketika sarapan mampu membuatkan dirinya berasa kenyang untuk tempoh yang lama.

“Kalau tambah sedikit minyak zaitun pada telur rebus ketika sarapan, ia akan membuatkan anda kenyang sepanjang hari.

“Anda memang tidak akan rasa lapar. Cubalah,” katanya.

IU turut berpandangan minyak zaitun memainkan peranan penting dalam menu berkenaan kerana kandungan lemaknya membantu memberikan rasa kenyang lebih lama.

Perkongsian IU kemudian mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat di media sosial.

Ada yang tertarik untuk mencuba menu tersebut, namun sebahagian yang lain meluahkan kebimbangan kerana menganggap pengambilan makanan yang terlalu sedikit untuk menahan lapar sepanjang hari sebagai sesuatu yang ekstrem.

Bagaimanapun, perkongsian IU itu merupakan pengalaman dan kebiasaan pemakanannya sendiri dan bukan panduan diet yang semestinya sesuai untuk semua individu.

Keperluan pemakanan setiap individu berbeza bergantung kepada faktor seperti tahap aktiviti, keadaan kesihatan dan metabolisme tubuh.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Must Watch Video

Advertisement