Skip to main content

Hiburan

“Happy Birthday Abam, Darah Bocey Tetap Ada” - Achey

Achey

Sekilas

  • Pelawak Achey berkongsi foto kenangan bersama arwah sahabat baiknya, Abam, sempena ulang tahun kelahiran arwah.
  • Achey menzahirkan rasa rindu dan ucapan hari jadi kepada Abam di ciapan Threads, mengingatkan semangat 'Darah Bocey'.
  • Perkongsian itu mendapat reaksi sebak daripada netizen yang turut merindui jenaka dan gelak tawa Abam.

Pelawak, Achey menyentuh hati ramai pihak apabila memuat naik hantaran istimewa bersempena ulang tahun kelahiran sahabat baiknya, Allahyarham Abam.

Menerusi ciapan di Threads, Achey atau nama betulnya Mohd Nasir Hamzah memuat naik foto kenangan dirinya bersama arwah Abam dan seorang lagi anggota kumpulan Bocey iaitu Fad ketika mereka melakukan persembahan di atas pentas.

Di ruangan kapsyen, Achey yang menzahirkan ucapan hari jadi buat arwah Abam menggambarkan betapa rindunya dia kepada sahabat baiknya itu.

“Al-fatihah, selamat hari jadi Abam. Darah Bocey itu tetap ada,” kongsinya lagi Achey.

Perkongsian itu kemudiannya mengundang reaksi sebak dalam kalangan netizen yang rata-ratanya turut meluahkan rasa rindu terhadap jenaka dan gelak tawa daripada Abam.

Sekadar info, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Sumber: Threads Achey

Must-Watch Video

Advertisement