Sekilas
- Salih Yaacob kini sedang mendapatkan rawatan di hospital dan keadaannya dilaporkan semakin baik.
- Anaknya, Effa Soleha, berkongsi video sambutan hari jadi Salih di hospital sambil meminta doa daripada orang ramai.
- Effa dan adiknya menghadiahkan wang tunai serta telefon bimbit baru kepada Salih, sambil netizen mendoakan kesembuhan pelakon itu.
Selebriti versatil, Salih Yaacob dikhabarkan kurang sihat dan sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Berita itu dikongsikan anaknya, Effa Soleha yang memuat naik video menyambut ulang tahun kelahiran buat Salih yang dilihat sedang terbaring di atas katil hospital.
Menerusi hantaran dibuat, Effa menitipkan ucapan selamat hari jadi sambil meminta orang ramai mendoakan kesihatan ayah tercintanya itu.
“Alhamdulillah, happy birthday papa. (Keadaan) papa dah lebih baik dari semalam.
“Doakan abang Salih kita cepat sihat,” kongsinya.
Effa dan salah seorang daripada adik-beradiknya turut membuat kejutan dengan menghadiahkan sedikit wang tunai serta sebuah telefon bimbit baharu buat Salih.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar Salih sembuh dan kembali sihat seperti biasa.
“Semoga cepat sembuh abang Salih.
“Semoga dipermudah urusan dan sentiasa sihat abang Salih,” komen netizen.
Sumber: TikTok