Skip to main content

Berita Tempatan

Haqiem Rusli Akui Banyak Berubah Selepas Kahwin: "Isteri Buang Perangai Toksik Dalam Diri Saya"

ASTRO GEMPAK haqiem

Sekilas

  • Haqiem Rusli mengakui isterinya, Anis Sofea, banyak mendorong perubahan positif dalam hidup dan kerjayanya sejak berkahwin.
  • Perkahwinan mengajar Haqiem mengawal emosi dan memperbaiki cara komunikasi serta penampilan diri.
  • Haqiem menerima semua komen, positif atau negatif, sebagai pengajaran untuk terus memperbaiki diri dan berharap teguran disampaikan dengan beradab.

Penyanyi Haqiem Rusli mengakui isterinya, Anis Sofea, menjadi individu yang paling banyak mendorongnya berubah ke arah lebih positif sejak mendirikan rumah tangga.

Menurut pelantun lagu Mimpi itu, isterinya bukan sahaja banyak menegur soal penampilan, malah turut membentuk cara berfikir dan berkomunikasinya sehingga menjadi seorang suami dan anak seni yang lebih matang.

"Sejujurnya, insan paling banyak menegur dan mendorong saya berubah menjadi lebih baik ialah isteri saya. Dialah banyak mengajar saya.

"Kalau dahulu mungkin saya agak sombong sedikit. Dia banyak membuang perangai toksik dalam diri saya. Pernah dia tegur, takkan setiap kali membuat persembahan saya pakai jaket sama sahaja?

"Dari situ saya sedar, kalau orang sudah membayar untuk melihat persembahan kita, kita juga perlu melabur demi memberi persembahan terbaik. Dia juga suruh saya beli mikrofon baharu dan memperbaiki banyak perkara," katanya.

Haqiem berkata, alam perkahwinan banyak mengubah dirinya, terutama dalam mengawal emosi dan cara berdepan dengan pelbagai situasi.

"Selepas berkahwin, saya banyak belajar. Saya tidak kata sudah matang seratus peratus, tetapi alam perkahwinan memang banyak mengajar saya menjadi manusia lebih baik.

"Dulu saya seorang yang emosional. Kalau terasa hati atau tercetus sesuatu isu, saya terus membalas dalam media sosial. Sekarang isteri banyak mengajar cara berkomunikasi, cara berfikir, apa boleh cakap dan apa tidak. Kami belajar bersama-sama.

"Saya memang degil dahulu. Umur 17 atau 18 tahun, cakap mak pun susah dengar tapi apabila ada isteri, teguran itu berbeza. Bukan membebel, tetapi menasihati supaya menjadi insan lebih baik. Di situlah pentingnya seorang isteri dalam hidup," ujarnya.

Mengulas mengenai perubahan penampilannya yang semakin mendapat perhatian peminat, Haqiem berkata dia sentiasa membaca setiap komen yang diterima dan menjadikannya sebagai ruang untuk memperbaiki diri.

"Saya memang baca semua komen, sama ada positif atau negatif. Ramai kritik kenapa dahulu saya tidak menjaga penampilan, jadi saya ubah. Orang tegur rambut saya selekeh, saya ambil penata gaya rambut.

"Mereka tanya kenapa saya tidak berani berkolaborasi, jadi saya bekerjasama dengan Hael Husaini dan Naim Daniel. Semua kritikan saya ambil sebagai pengajaran.

"Saya cuma berharap kalau hendak menegur, tegurlah dengan beradab. Saya boleh terima teguran kasar atau lembut, tetapi cara menyampaikan itu penting. Saya tidak akan melawan atau memberi respons," katanya.

Walaupun mengakui komen negatif kadangkala menyakitkan hati, Haqiem memilih untuk melihatnya dari sudut positif dan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri.

Dalam perkembangan lain, Haqiem tampil menghiburkan barisan guru cemerlang menerusi Majlis Apresiasi Hari Guru Pahang 1st 2026, sebuah program penghargaan peringkat negeri hasil kerjasama Kerajaan Negeri Pahang, Yayasan Pahang, Kumpulan Penggerak Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (KPIBKS) serta Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dalam memartabatkan profesion keguruan. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video

Advertisement