Skip to main content

Selebriti

Haqiem Rusli Jawab Kebimbangan Peminat, Beri Bayang Kolaborasi Dengan Hael Husaini? - “Saya Tidaklah Sesedih Yang Disangka, Tapi Lebih Bersemangat!”

Haqiem Rusli

Sekilas

  • Seorang individu meluahkan rasa simpati terhadap Haqiem Rusli yang dikatakan hilang arah selepas gagal ke pentas akhir AJL40.
  • Haqiem menjelaskan dia tidak tertekan malah lebih bermotivasi untuk hasilkan lagu baru dan memperluaskan ilmu muzik.
  • Haqiem turut memberi bayangan akan ada kolaborasi baru bersama Hael Husaini yang bakal dinantikan peminat.

Seorang individu meluahkan rasa bimbang terhadap keadaan penyanyi, Haqiem Rusli, yang didakwa seakan hilang arah selepas gagal melangkah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 40 (AJL40).

Menerusi hantaran di platform Threads, individu tersebut mengakui berasa simpati selain menyifatkan Haqiem sebagai antara bakat kreatif dalam industri muzik tempatan.

“Saya rasa kesian pulak kat Haqiem Rusli ni. Dia nampak macam sedang hilang arah. Mungkin dia kecewa sebab tak dapat masuk final AJL dan sekarang cuba cari jenis muzik untuk layak ke AJL akan datang.

“Saya dulu peminat Haqiem sebab dia sangat kreatif. Jangan risau, jangan overthink. Mungkin boleh cuba kolaborasi dengan komposer lain untuk kembangkan idea. Awak ada potensi tinggi, jangan putus asa,” tulis individu berkenaan.

Bagaimanapun, Haqiem kemudiannya tampil memberikan respons balas yang cukup positif terhadap kebimbangan tersebut.

Menurut Haqiem, dia sebenarnya tidak berada dalam keadaan tertekan, sebaliknya lebih bermotivasi untuk menghasilkan karya baharu dan memperluaskan ilmu muzik.

Tidak cukup dengan itu, Haqiem juga memberikan bayangan sedang merancang sesuatu yang baharu, termasuk kemungkinan kolaborasi bersama Hael Husaini.

“Terima kasih atas concern tu, saya hargai sangat. Saya taklah sesedih yang disangka. Sebenarnya saya lagi bersemangat untuk hasilkan lagu baharu dan luaskan lagi pengetahuan muzik saya.

“‘Enhance your ideas’ macam awak cakap tu, saya dengar dan terima. Sebab itu saya jumpa Hael… nantikan!” katanya.

Sumber: Threads @haqiemrusli98_

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement