Skip to main content

Hiburan

Haqiem Rusli Tegur Sikap Segelintir Dalam Industri Muzik, Kesal Makin Ramai Suka Menjatuhkan - “Bergembiralah Atas Kejayaan…”

Haqiem Rusli

Sekilas

  • Haqiem Rusli meluahkan rasa kesal kerana sikap kurang sokongan antara penggiat industri muzik tanah air semakin ketara.
  • Beliau menegur mereka yang suka mengkritik di media sosial tetapi tidak berani bersemuka secara langsung.
  • Haqiem mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan kata-kata kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mental seseorang.
Advertisement

Penyanyi Haqiem Rusli meluahkan rasa kesal melihat sikap segelintir pihak dalam industri muzik tanah air yang disifatkannya semakin kurang saling menyokong antara satu sama lain.

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Haqiem berkata, sepatutnya penggiat seni dalam industri yang sama meraikan kejayaan serta pencapaian rakan seperjuangan.

 

“Sepatutnya berada dalam industri muzik tanah air yang sama saling menyokong antara satu sama lain. Akan tetapi berbeza sekarang dan makin parah, sedih.

Advertisement

 

“Just be happy for someone else’s success. If you don’t like it, simply stay quiet and move on,” katanya.

 

Dalam pada itu, Haqiem turut menyentuh mengenai keberanian segelintir individu yang lantang melemparkan kecaman menerusi media sosial.

 

Menurutnya, pembenci biasanya hanya berani bersuara di sebalik skrin, namun berubah apabila bersemuka.

 

“Walau bagaimanapun begitulah hidup, tapi percaya lah, pembenci hanya berani di belakang skrin saja.

 

“Bersua muka, diam seribu bahasa seperti tergantung sepi. Goyang ke cakap depan-depan? Baru thrill ada,” ujarnya.

 

Haqiem pada masa sama mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menulis atau mengeluarkan kata-kata terhadap orang lain.

 

Katanya, setiap perkataan yang dilemparkan mungkin memberi kesan lebih besar daripada apa yang disangka, termasuk terhadap kesejahteraan mental seseorang.

 

“Anda takkan tahu, kadang-kadang setiap perkataan anda beri kesan kepada kesihatan mental seseorang dan buat dia rasa tersakiti. So, just say something kind, susah eh? Haih,” tulisnya lagi.

 

Bagaimanapun tidak pasti hantaran penyanyi lagu Tergantung Sepi itu ditujukan kepada siapa.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must Watch Video

Advertisement