Skip to main content

Selebriti

Haqiem Stopa Luah Rasa Kecewa Sukar Jumpa Anak, Dakwa Dah Ikut Semua Syarat Bekas Isteri - “Setiap Kali Awak Rasa Nak Marah, Mesti Tak Dapat Jumpa”

Haqiem Stopa dakwa tak dapat jumpa anak

Sekilas

  • Haqiem Stopa meluahkan kekecewaan kerana sukar bertemu anaknya, Hud, selepas berpisah dengan bekas isteri, Aireen Sofia.
  • Haqiem berkata dia sudah akur dengan syarat pertemuan yang ditetapkan tetapi masih tidak dapat meluangkan masa bersama anaknya kerana perselisihan faham.
  • Dia mempersoalkan mengapa isu pertemuan dengan anak perlu dikaitkan dengan kesalahan lalu sedangkan dia hanya mahu menjalinkan hubungan dengan anaknya.

Pempengaruh permotoran, Haqiem Stopa meluahkan rasa kecewa dan mendakwa dirinya berdepan kesukaran untuk bertemu anaknya, Hud selepas berpisah dengan bekas isterinya, Aireen Sofia.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Haqiem mengakui Haqiem mengakui isu melibatkan anak merupakan perkara paling berat untuk dihadapinya ketika ini.

“Kalau hal hal lain mungkin aku okay je nak cakap apa pun. Tapi kalau bab anak aku rasa tak mampu aku nak tahan.

“Tak kejam pun jika tak maafkan silap aku yang lalu. Aku tahu aku silap. Tapi aku nak jumpa anak yang darah daging aku,” luahnya pada Selasa.

Menurut Haqiem, dia hanya ingin meluangkan masa bersama anaknya, namun mendakwa hasratnya itu sering terhalang terutama apabila berlaku perselisihan faham antara mereka.

“Aku nak tengok dia setiap hari. Yang sakit bila ada gaduh ke apa aku mesti tak dapat jumpa anak.

“Setiap kali awak rasa nak marah, saya mesti tak jumpa anak. Saya pun tak tahu apa salah saya dah,” coretnya lagi.


Dalam masa yang sama, Haqiem menegaskan kesukaran untuk bertemu anaknya itu tetap terjadi biarpun dia telah akur dengan segala syarat yang ditetapkan termasuk jadual pertemuan.

“Sampai dah penat saya setiap kali posting awak, orang asyik blame saya. Apa cara awak semua saya ikut.

“Letak syarat seminggu dua kali, dua jam satu kali jumpa. Itu pun saya tak dapat sebab awak busy kerja jd saya kena ikut masa awak, tu pun saya okay dan saya masih kena blame. Cuma nak tanya benda ni sampai bila?” luahnya.

Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran, Haqiem turut mempersoalkan mengapa isu pertemuan dengan anak perlu dikaitkan dengan kesalahan lalu, sedangkan baginya perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi penghalang.

“Nak jumpa anak atau nak bawa anak keluar rasanya tak perlu pun check dulu siapa salah siapa betul siapa paling banyak dosa.

“Ke macam mana, aku tak berapa faham. Aku ni kira banyak dosa banyak salah jadi tak boleh jumpa anak dan tak boleh bawa anak keluar lah? Tanya je jangan marah,” luahnya lagi.

Sumber: Threads @haqiem_stopa

Anda mungkin berminat dengan

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Must Watch Video

Advertisement