Skip to main content

Hiburan

“Harapnya Tahun Ini Terakhir La Untuk Saya…” - Ezzanie Jasny

Ezzanie Jasny

Sekilas

  • Pelakon Ezzanie Jasny sudah bersedia untuk meninggalkan watak wanita tersakiti selepas beberapa kali membawakan karakter serupa dalam drama.
  • Dia menerima tawaran berlakon dalam drama Bulan Henti Bicara kerana kepercayaan terhadap pengarah Eyra Rahman, walaupun tidak memilih genre tertentu.
  • Ezzanie berharap Bulan Henti Bicara menjadi drama terakhir yang menampilkan watak wanita mangsa dan bercadang untuk cuba genre lain seperti rom-com atau filem pada masa depan.
Advertisement

Pelakon Ezzanie Jasny mengakui dia sudah bersedia untuk meninggalkan watak ‘wanita tersakiti’ selepas beberapa kali membawakan karakter hampir sama dalam drama.

 

Advertisement

Menurut Ezzanie, dia sebenarnya tidak memilih genre tertentu, namun menerima tawaran membintangi drama Bulan Henti Bicara (BHC) kerana kepercayaan terhadap pengarah, Eyra Rahman.

 

“Sebenarnya saya tak kisah pun genre apa, tapi pemilihan tu adalah pada pengarah la. Saya terima untuk berlakon BHC ini pun sebab saya dah banyak kali kerja dengan Kak Eyra. Ini naskah yang keempat. 

Advertisement

 

“Jadi saya say yes la. Kalau tak, mungkin saya tak akan buat dah. Tapi it's because of Kak Eyra, penguat saya. Jadi saya ambil cabaran itu,” katanya kepada Gempak. 

 

Bagaimanapun, Ezzanie berharap Bulan Henti Bicara menjadi drama terakhir yang menyaksikannya membawa watak wanita yang sering menjadi mangsa.

 

“Harapnya tahun ini terakhir la untuk saya buat cerita-cerita yang tersakiti. InsyaAllah tahun hadapan kita tukar genre la. Rom-com ke, mungkin kita fokus pula pada filem ke,” katanya lagi. 

 

Dalam masa sama, Ezzanie mengakui dia sedikit gementar memikirkan penerimaan penonton kerana wataknya dalam BHC mempunyai beberapa persamaan dengan karakter yang pernah dibawanya menerusi Dia Bukan Syurga.

 

“Risau sebenarnya bila Bulan Henti Bicara nak keluar. Saya harap penonton bila tengok, diorang tak akan samakan saya dengan watak Dia Bukan Syurga la walaupun daripada novel yang sama. 

 

“So, perasaan rasa beberapa babak tu sebenarnya sama. Cuma air tangan yang berbeza daripada pengarah kan. Jadi saya harap itulah penonton tak nampak lah karakter tu sama. 

 

“Sebab kalau nak cakap Dia Bukan Syurga, drama itu punya intensity tu memang banyak fizikal. Tapi yang ini (BHC) mental dan juga fizikal,” katanya. 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

Must Watch Video

Advertisement