Sekilas
- Dr. Zailah Zainudin berkongsi rasa syukur di Instagram selepas anaknya, Dr. Afifah Hidayah Tawfek, mendapat hak jagaan penuh terhadap tiga cucunya.
- Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan hak jagaan penuh diberikan kepada Dr. Afifah, manakala Nubhan diberi hak lawatan dua kali sebulan.
- Nubhan telah memfailkan pengesahan lafaz cerai dan tuntutan hadanah penuh selepas perkahwinannya dengan Dr. Afifah sejak 2015 berakhir.
VIbu mentua kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr Zailah Zainudin menyorot perhatian menerusi satu hantar dimuat naik di Instagram (IG), baru-baru ini.
Menerusi perkongsian dibuat, Dr. Zailah yang memuat naik gambar di perkarangan mahkamah meluahkan rasa syukur selepas anaknya, Dr. Afifah Hidayah Tawfek mendapat hak jagaan penuh terhadap ketiga-tiga cucunya.
“Alhamdulillah syukur Ya Rabb, terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai yang sentiasa memberikan sokongan,” kongsinya.
Dalam hantaran yang sama, Dr. Zailah turut memberikan kata-kata penghargaan buat menantu, Nubhan yang telah memberikan kerjasama baik sepanjang prosiding berlangsung.
“Saya dan suami sangat terharu serta tak lupa pada Nubhan atas keputusan hari ini (Rabu).
“Semoga Allah merahmati, memberkati dan meredai kita semua,” ujarnya.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah menyerahkan hak penjagaan penuh ketiga orang anak kepada Dr. Fie dengan Nubhan diberikan hak lawatan dua kali sebulan.
Sekadar info, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad telah memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap Dr. Afifah di Mahkamah Syariah Sepang.
Nubhan kemudiannya memfailkan tuntutan hadanah penuh terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurnikan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.
Sumber: IG Dr. Zailah