Skip to main content

Hiburan

Harszan Pesan Jangan Bersedih Dengan Ujian, Perlu Sentiasa Berlapang Dada - “Dalam 365 Hari Mungkin Hanya...”

Harszan

Sekilas

  • Harszan, pempengaruh media sosial berusia 23 tahun, berkongsi pandangan tentang cara menghadapi ujian dan musibah dalam hidup.
  • Beliau menasihatkan supaya tidak terlalu meratapi ujian, sebaliknya perlu kuat dan menerima ujian dengan hati terbuka.
  • Harszan mengingatkan bahawa dalam setahun, hanya sebahagian kecil hari adalah ujian, manakala selebihnya adalah nikmat yang perlu dihargai.
  • Beliau juga menekankan pentingnya melihat hikmah di sebalik setiap ujian yang datang dalam hidup.
  • Harszan mula dikenali selepas mendedahkan dirinya sebagai bayi terbuang dan mempunyai suara garau yang unik, menarik perhatian ramai netizen.

Pempengaruh media sosial, Harszan menyorot perhatian apabila berkongsi pandangannya mengenai ujian dan musibah kehidupan.

Menurut Harszan atau nama sebenarnya Nurnazrah Abd Samat, sebagai seorang manusia, seseorang itu tidak boleh terlalu meratapi ujian yang diterima sebaliknya perlu sentiasa kuat untuk menjalani kehidupan seharian.

“Hidup kita ini terlalu singkat untuk kita bersedih atas perkara yang Allah tak bagi.”

“Kita kena ingat yang dalam 365 hari, katalah hanya 60 hari sahaja Allah uji kita. Lagi 305 hari, Allah bagi nikmat. Jadi kenapa kita nak bersedih dengan 60 hari itu?”

“Kita kena fikir macam itu ja, insya-Allah kita akan lagi kuat menjalani kehidupan.”

Harszan berkongsi perkara tersebut menerusi rancangan YouTube salah seorang ahli kumpulan Alieff Irfan (AI Team) yang dikenali sebagai AI Harry.

Tambah pempengaruh yang baru berusia 23 tahun itu, seseorang itu juga perlu melapangkan dada mereka dan menerima segala ujian yang mendatang dengan hati yang terbuka.

“Nasihat aku buat orang yang senasib macam aku atau berdepan dengan ujian yang lebih berat, kita jangan meratapi, menangisi mahupun meratapi perkara itu.”

“Apa yang kita perlu buat ialah jangan anggap ujian itu berat sebaliknya, lapangkan dada dan hati untuk bawa masuk ujian itu dalam hidup kita.”

“Selain itu kena pandang pada hikmahnya sebab apa yang jadi pasti ada sebabnya.”

Terdahulu, Harszan meruntun hati ramai netizen selepas mendedahkan bahawa dirinya merupakan bayi terbuang yang ditemui di sebuah kawasan perumahan dalam keadaan menyentuh hati sebelum dibawa ke hospital.

Untuk rekod, Harszan mula terkenal dan menyorot perhatian wargamaya selepas mempunyai suara garau yang seakan lelaki.

Sumber: YouTube

Buku

Sabar Itu Kekuatan

Buka lembaran baru dengan buku ini – panduan tenang untuk hati dan minda menghadapi ujian hidup. 
Beli Sini

Must-Watch Video

Advertisement