Skip to main content

Hiburan

Hasrat Aiman Sidek Tercapai, Fazura Setuju Nak Bekerjasama - “I Already said Yes…”

ASTROGEMPAK Fazura

Sekilas

  • Aiman Sidek akhirnya berjaya mendapatkan Fazura untuk menyanyikan lagu ciptaannya berjudul Kisah Terbaik.
  • Fazura mengumumkan persetujuannya di Threads dan mendoakan kebahagiaan Aiman serta keluarganya.
  • Aiman juga sedang mencari penyanyi untuk lagu baru berjudul Menyatu, dengan harapan Iman Troye dapat menyanyikannya, namun terbuka kepada penyanyi lain jika tiada rezeki.
Advertisement

Hasrat pencipta lagu, Aiman Sidek untuk mendapatkan Nur Fazura menyanyikan karyanya berjudul Kisah Terbaik akhirnya tercapai apabila pelakon dan penyanyi itu bersetuju untuk bekerjasama. 

 

Advertisement

Menerusi Threads, Fazura menganggap sudah tiba masanya untuk Aiman menyerlah dengan karyanya selain menitipkan doa buat pencipta lagu itu bersama keluarganya bahagia selalu. 

 

“I already said YES to @universalmusic_my . Expect a call from them soon. Your time to shine now Aiman dan semoga kalian sekeluarga tersenyum bahagia selalu. Bismillahirrahmanirrahim,” kongsinya. 

 

Dalam pada itu, Aiman menerusi Threads turut meluahkan rasa syukur apabila karyanya bakal dinyanyikan oleh Fazura. 

Advertisement

 

Selain itu juga, Aiman berhasrat untuk memberikan satu lagi karyanya berjudul Menyatu kepada penyanyi Iman Troye namun tidak meletakkan sebarang harapan. 

 

"Alhamdulillah Kisah Terbaik dah diizinkan Tuhan untuk dinyanyikan Fazura. Dan sekarang adalah satu demo baru yang berjudul Menyatu mencari penyanyinya. 

 

“Dalam fikiran saya iman troye sesuai untuk vibes yang sebegini. Masih tak konfiden nak bagi padanya. Atau siapa yang sesuai?” katanya. 

 

Aiman bagaimanapun terbuka untuk memberikan lagu tersebut kepada penyanyi lain sekiranya tiada rezeki untuk bekerjasama dengan Iman Troye. 

 

“Andai tiada rezeki bekerjasama, insyaAllah akan terbuka buat penyanyi lain. Doakan saya dapat penyanyi bagi Menyatu secepatnya dan siapkan kedua dua lagu sebaiknya. InsyaAllah,” ujarnya lagi. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video

Advertisement