Skip to main content

Hiburan

“Hati Dah Rosak, Tulang Mula Reput” – Kos Rawatan Dwan Olan Perlukan RM28,900, Isteri Mohon Bantuan

“Hati Dah Rosak, Tulang Mula Reput” –  Kos Rawatan Dwan Olan Perlukan RM28,900, Isteri Mohon Bantuan

Sekilas

  • Isteri penyanyi rock veteran Dwan dari kumpulan Olan, Zarina Anuar, memohon sumbangan orang ramai untuk menampung kos rawatan suaminya yang mengalami strok dan penyakit autoimun.
  • Dwan kini bergantung pada ubat steroid yang menyebabkan kerosakan hati dan tulang, dan memerlukan rawatan suntikan khas bernilai RM28,900 untuk tiga bulan.
  • Walaupun kesihatan terjejas, Dwan masih mampu menghiburkan peminat dengan persembahan lagu popularnya selepas mengalami lumpuh sebelah badan sejak 2021.
Advertisement

Isteri kepada penyanyi rock veteran Dwan daripada kumpulan Olan, Zarina Anuar merayu sumbangan orang ramai bagi menampung kos rawatan suaminya yang kini berdepan pelbagai komplikasi kesihatan.

Menurut Zarina, Dwan kini mengalami strok sebelum disahkan menghidap penyakit autoimun yang memaksanya bergantung kepada pengambilan ubat steroid dalam tempoh panjang.

 

@syahmisazlilive

Moga dimudahkan semua urusan abg Dwan Olan. (Hiasan - Dwan Olan)

♬ original sound - Syahmi Sazli

 Katanya, kesan daripada pengambilan steroid tersebut menyebabkan hati suaminya rosak selain tulangnya mula mereput.

“Assalamualaikum semua. Saya isteri kepada Abang Dwan.

“Sebenarnya Abang Olan sakit. Dia kena strok, lepas itu dia kena penyakit autoimun. Jadi dia makan steroid dan steroid ini tak boleh dimakan dalam masa yang panjang.

“Sekarang dia dah makan dalam tempoh yang lama, jadi hati dia dah rosak, lepas itu tulang dia pun dah mula reput,” katanya.

Zarina berkata demikian ketika berada di atas pentas acara Jom Santai X Syahmi Sazli 8.0 yang berlangsung di GM Klang baru-baru ini.

Menurutnya, doktor mengesyorkan Dwan mendapatkan rawatan suntikan khas yang memerlukan kos sebanyak RM28,900 bagi tempoh tiga bulan.

“Sekarang doktor arahkan saya untuk sediakan kos sebanyak RM28,900 bagi rawatan suntikan selama tiga bulan.

Advertisement

 

“Jadi saya mohon sekiranya ada sesiapa yang sudi membantu untuk kos rawatan Abang Dwan,” ujarnya.

Walaupun berdepan masalah kesihatan, Dwan tetap menghiburkan pengunjung dengan mendendangkan beberapa buah lagu termasuk karya popularnya, Hiasan.

Terdahulu, Dwan mengalami serangan angin ahmar pada 2021 sehingga menyebabkan bahagian kiri badannya lumpuh.

Bagaimanapun, tahap kesihatannya menunjukkan perkembangan positif pada 2024 apabila kembali mampu menyanyi dan membuat persembahan di pentas.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Must Watch Video

Advertisement