Skip to main content

Selebriti

“Hati Mak Ni Macam Kaca… Anak Jeling Je Dah Retak Seribu” - Zila Bakarin

Zila Bakarin ibu

Sekilas

  • Pelakon Zila Bakarin menasihatkan orang ramai supaya tidak membiarkan perselisihan faham dengan ibu berpanjangan kerana hati ibu sangat mudah terluka.
  • Zila mengingatkan anak-anak supaya berlapang dada dan segera memohon maaf demi menjaga hati ibu walaupun ibu tidak sempurna.
  • Komen Zila mendapat sokongan netizen yang bersetuju dengan nasihatnya dan mengingatkan supaya menghargai ibu bapa selagi masih ada peluang bersama.
Advertisement

Pelakon Zila Bakarin mengingatkan orang ramai agar tidak membiarkan perselisihan faham dengan ibu berpanjangan kerana hati seorang ibu sangat mudah terluka.

Menerusi hantaran di Threads, Zila berkongsi pandangannya selepas membaca luahan seorang individu yang mengakui berasa serba salah kerana bertengkar dengan ibunya.

Advertisement

Menurut Zila, walaupun seorang ibu tidak sempurna, anak-anak seharusnya berlapang dada dan segera memohon maaf demi menjaga hati insan yang melahirkan mereka.

“Hati mak ni… Macam kaca. Anak jeling je retak seribu. Ya, mak mak ni bukan semua betul. Jangan lama gaduh tau.

“Cepat pergi minta maaf, walau hati awak sakit. Senangkan hati dia. Dia tak lama bersama awak, nanti dah tak ada doa dia,” tegasnya.

Bagaimanapun Zila kemudiannya memuji individu tersebut selepas dimaklumkan dia sudah memohon maaf kepada ibunya.

“Alhamdulillah, dah minta maaf, everything was fine. gaduh gaduh manja sikit sis, nasib baik mama tak amik hati,” maklum individu itu.

“Amin… Good boy,” balas Zila.

Sementara itu, komen balas Zila terhadap individu tersebut turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan nasihatnya selain mengingatkan orang ramai agar menghargai ibu bapa selagi mereka masih diberi peluang bersama.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement