Skip to main content

Hiburan

“Hazwani Ada Ciri-Ciri Wanita Idaman Saya…” - Hariz Hamdan 

Hariz Hamdan

Pelakon, Hariz Hamdan menafikan mempunyai hubungan istimewa bersama pelakon, Hazwani Helmi.

Jelas Hariz atau nama lengkapnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 23, dia dan Hazwani hanyalah rakan sekerja dan tidak mempunyai hubungan yang lebih daripada itu.

“Sebelum ini, banyak juga orang kenen-kenenkan saya dengan Hazwani dan ada juga yang kata kami bersama. Tapi macam saya cakap, kami hanya rakan sekerja. Tak lebih daripada itu.


“Sebab semestinya bila saya bekerjasama dengan dia pasti ada orang kenen-kenenkan kami terutamanya fans, dan saya tak salahkan mereka. Mungkin mereka (peminat) suka tengok saya dengan Hazwani. Tapi sampai sekarang kami hanya rakan sekerja,” katanya kepada Gempak.


Dalam pada itu, pelakon drama X-Change itu tidak menafikan adik kepada penyanyi dan aktivis, Heliza Helmi itu mempunyai ciri-ciri wanita yang dia mahu sebagai isteri.


Bagaimanapun, Hariz memilih untuk menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi.


“Jodoh kita tak tahukan, semua itu di tangan Allah. Jadi siapa saya untuk menentukan siapa jodoh saya dan fans menuntukan siapa jodoh Hazwani. Bolah sahaja kita doa yang baik-baik. At the end of the daya jodoh itu ditangan Allah.


“Hazwani ada ciri-ciri wanita idaman saya dan juga seorang yang sangat menetapi kriteria untuk menjadi seorang isteri. Tetapi saya  percaya juga ramaiyang beranggapan begitu.


“Bukan saya saja,bagi saya dia memang peribadinya sempurna dan juga saya suka akhlaknya. As for now, like I said before, kita orang hanya rakan sekerja, itu saja,” tambahnya.

Must-Watch Video

Advertisement