Sekilas
- Aktivis kemanusiaan Hazwani Helmi meluahkan kesedihan selepas menonton video yang menunjukkan beberapa remaja membakar seekor anjing dan anak-anaknya dengan kejam.
- Hazwani berkongsi rasa sebak dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas serta mengenakan hukuman berat terhadap pelaku bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
- Insiden tragis ini melibatkan seekor anjing jalanan bernama Wang Wang dan anak-anaknya yang diseksa dan dibunuh oleh remaja di China, yang turut tular di media sosial.
Aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi meluahkan rasa sedih selepas menonton satu rakaman video yang memaparkan beberapa individu tanpa belas kasihan membakar seekor anjing mengundang kemarahan netizen.
Menerusi satu hantaran di platform Threads, Hazwani mengakui dirinya berasa murung selepas terlihat video berkenaan dan mempersoalkan bagaimana masih ada manusia yang sanggup bertindak sekejam itu terhadap haiwan.
“Murung sebab ternampak video budak-budak pergi bakar anjing. Kenapa Ya Allah. Kenapa ada manusia macam ni.
“Dah lah anjing tu comel dengan anak-anak dia lagi. Kesian dia Ya Allahhh. Dia bakar hidup-hidup,” kongsinya.

Dalam pada itu, Hazwani berkata dia sendiri tidak mampu menahan sebak sehingga menangis selepas melihat rakaman berkenaan.
Malah, Hazwani juga berharap pihak bertanggungjawab mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang didakwa terlibat dalam perbuatan kejam itu.
Katanya, hukuman berat wajar dikenakan agar kejadian seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan.
“Ni ada video. Cuma nak cakap, siapa yang tak ada semangat kuat. Jangan tengok video ni. Saya yang tertengok ni pun menangis macam budak-budak.
“Berdarah hati tengok. Ya rabb, semoga ada keadilan menanti.
“Benda ni kena beri hukuman berat supaya mereka belajar. Sampai hati bakar haiwan hidup-hidup,” tegasnya.

Terdahulu, tular insiden tragis yang tular di media sosial melibatkan seekor anjing jalanan bernama Wang Wang dan anak-anaknya yang diseksa serta dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan remaja di China.
Lebih dasyat lagi, pelaku itu merupakan remaja berusia di bawah 18 tahun.
Tidak cukup dengan hanya membakar Wang Wang, empat remaja berkenaan juga turut memukul dengan kejam anak-anaknya yang masih kecil sehingga mati.
Sumber: Threads @hazwanihelmi