Skip to main content
Advertisement

Hollywood

Heboh Lady Gaga Buat Skincare Guna 'Kulit Manusia', Rupa-Rupanya Ini Sebenarnya Berlaku

Heboh Lady Gaga Buat Skincare Guna 'Kulit Manusia', Rupa-Rupanya Ini Sebenarnya Berlaku

Sekilas

  • Lady Gaga bersama tunangnya Michael Polansky terlibat dengan Outer Biosciences, syarikat bioteknologi yang menggunakan tisu kulit manusia hidup untuk menguji bahan baru dalam industri kosmetik.
  • Teknologi ini menggunakan tisu kulit yang biasanya dibuang selepas pembedahan dan AI untuk meramalkan bahan kimia yang berpotensi memperbaiki fungsi kulit sebelum diuji secara langsung.
  • Outer Biosciences fokus mencari bahan baru untuk produk kecantikan masa depan, bukan menghasilkan serum atau krim tertentu, dan Gaga berada dalam barisan lembaga syarikat tersebut.
Advertisement

Penyanyi antarabangsa Lady Gaga mencuri perhatian apabila dilaporkan terlibat dalam pembangunan teknologi penjagaan kulit menggunakan tisu kulit manusia yang masih hidup.

Bersama tunangnya, Michael Polansky, Gaga terlibat dengan syarikat bioteknologi Outer Biosciences yang menguji bahan berpotensi untuk industri kosmetik menggunakan sampel kulit manusia sebenar.

Advertisement

Namun, dakwaan bahawa Gaga “membuat skincare daripada kulit manusia” sebenarnya kurang tepat.

Apa yang dilakukan syarikat berkenaan adalah menggunakan tisu kulit manusia yang lazimnya dibuang selepas prosedur pembedahan, khususnya pembedahan plastik, sebagai medium untuk menguji bahan baharu bagi penjagaan kulit.

Tisu tersebut dikumpulkan ketika masih hidup, kemudian diberikan nutrien dan dijaga supaya kekal berfungsi untuk tempoh lebih lama.

Advertisement

Lebih menarik, teknologi itu turut menggunakan kecerdasan buatan atau AI untuk meramalkan bahan kimia yang mungkin memberi kesan positif kepada fungsi kulit tertentu sebelum diuji terus pada tisu manusia.

Hasil ujian kemudiannya digunakan untuk memperbaiki semula ramalan AI bagi mendapatkan calon bahan yang lebih berpotensi.

Buat masa ini, fokus Outer Biosciences bukan menghasilkan satu serum atau krim tertentu, sebaliknya mencari bahan baharu yang boleh digunakan dalam produk kosmetik pada masa hadapan.

Syarikat tersebut menyasarkan industri kecantikan dan kosmetik, bukan pembangunan ubat-ubatan.

Polansky mempunyai latar belakang dalam matematik gunaan, sains komputer serta pengalaman dalam teknologi dan pelaburan Silicon Valley.

Lady Gaga pula dilaporkan berada dalam barisan lembaga Outer Biosciences.

Bagaimanapun, tahap penglibatan langsung penyanyi berusia 40 tahun itu dalam kerja penyelidikan saintifik berkenaan tidak diperincikan.

Gaga sebelum ini memang dikenali aktif dalam dunia kecantikan menerusi jenama kosmetiknya, Haus Labs, selain terlibat dalam pembangunan produk, strategi jenama dan visi kreatif.

Penyanyi itu turut memperkenalkan teknologi Outer Biosciences menerusi akaun X miliknya sebagai sebahagian daripada usaha membina “masa depan kesihatan kulit”.

Jadi, bukan skincare yang “diperbuat daripada kulit manusia”, sebaliknya kulit manusia digunakan sebagai medium ujian untuk mencari bahan skincare baharu.

Anda mungkin berminat dengan

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

Vacuum Bag Clothes Organization Vacuum Storage Bag Vacuum Plastic Bag With Electric Pump Plastik Vacum Bag Vakum Beg

Vacuum Bag Clothes Organization Vacuum Storage Bag Vacuum Plastic Bag With Electric Pump Plastik Vacum Bag Vakum Beg

Must Watch Video

Advertisement