Sekilas
- Pelakon Zara Zya disahkan menghidap kanser buah pinggang tahap satu dan berterima kasih atas doa serta kata semangat yang diterima.
- Dia juga menghargai kecaman yang diterima kerana ia mengajar dirinya menjadi lebih kuat, tenang, dan tawakal.
- Zara berkongsi bahawa badannya sudah lama menunjukkan gejala penyakit tersebut sebelum diagnosis dibuat.
Disahkan menghidap renal cell carcinoma atau sel kanser buah pinggang tahap satu, pelakon Zara Zya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.
Menerusi perkongsian di Threads, Zara menganggap kata-kata semangat dan doa untuk kesihatanya itu sangat bermakna buat dirinya.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya dan menghadiahkan kata-kata semangat. Doa kalian sangat bermakna,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Zara tetap berterima kasih kepada orang yang mengecam dan mendoakan sebaliknya.
Menurut pelakon berusia 40 tahun ini, kecaman itu mengajar dirinya untuk lebih kuat, tenang dan tawakal dengan apa yang berlaku.
“Dan kepada yang memilih untuk mengecam atau mendoakan sebaliknya… terima kasih juga ya. Semuanya mengajar saya untuk lebih kuat, lebih tenang dan lebih berserah,” ujarnya.
Sebelum ini, Zara berkongsi tentang kesihatannya yang disahkan menghidap renal cell carcinoma atau sel kanser buah pinggang tahap satu.
Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, memberitahu badannya seolah-olah sudah lama mengalami gejala penyakit itu.
Sumber - Threads