Sekilas
- Siri Viu Original terbaru, The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan), mencapai kedudukan No. 1 di Viu Malaysia dan Indonesia dalam minggu pertama tayangan.
- Siri ini meraih lebih 75 juta tontonan di media sosial dan mendapat reaksi hangat warganet terhadap elemen seram, misteri, dan emosi.
- Menampilkan pelakon terkenal seperti Meerqeen, Hannah Delisha, dan Caitlin Halderman, siri 12 episod ini mengisahkan dendam dan rahsia gelap keluarga yang penuh misteri.
Siri Viu Original terbaharu, The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan), melakar pencapaian luar biasa apabila terus melonjak ke kedudukan No. 1 di Viu Malaysia dan Viu Indonesia dalam tempoh seminggu pertama tayangan.
Pelancaran sulung siri ini turut mencetuskan gelombang tular di platform digital apabila meraih lebih 75 juta tontonan di media sosial pada minggu pertama, mengikut data analisis rasmi Meta, Hootsuite, dan TikTok Analytics.
Pencapaian itu turut disertai perbualan aktif warganet yang berkongsi pelbagai reaksi terhadap elemen seram, misteri dan emosi dalam siri ini.
Rata-raya wargamaya berkongsi rasa cemas dan terkejut dengan kemunculan Riska serta elemen mistik yang dipaparkan, selain tertarik dengan perjalanan Riska yang menyusup masuk sebagai pembantu rumah demi membalas dendam.
Kisah Bulan lakonan pelakon Farah Ahmad juga menyentuh emosi penonton dan turut memuji lakonan Meerqeen sebagai ‘top notch’.
Diterbitkan oleh Rumah Karya Citra berdasarkan idea asal Erma Fatima, arahan Nur Sharif, serta skrip oleh Siti Jasmina, siri 12 episod ini menampilkan garapan konflik dendam, misteri, dan rahsia gelap keluarga.
Kehebatan siri ini dikuatkan lagi dengan barisan pelakon terkemuka rentas negara termasuk Meerqeen, Hannah Delisha, Caitlin Halderman, Datin Sri Umie Aida, Nadia Aqilah, Farah Ahmad, Amerul Affendi, Nadya Syahera, Shaharuddin Thamby, dan Ismail Yaacob.
The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan) mengisahkan tentang Puan Sri Asyikin (Datin Sri Umie Aida) yang melayan pembantu rumahnya, l Bulan (Farah Ahmad), dengan kejam sebelum meninggal dunia secara misteri lapan bulan kemudian, sekali gus menyebabkan keluarganya percaya bahawa kediaman mereka telah disumpah.
Selepas kematian Puan Sri, anak perempuannya, Nerina (Hannah Delisha), dan menantunya, Syawal (Meerqeen), terus menetap di rumah agam keluarga tersebut.
Pada hari pengebumian Puan Sri, seorang pembantu rumah baharu bernama Riska (Caitlin Halderman) tiba selepas diambil bekerja oleh Syawal untuk menjaga Nerina yang sedang mengandung anak pertama mereka.
Berwajah manis dan polos, perwatakan lembut Riska sebenarnya menyembunyikan rahsia gelap, dia ialah anak kepada Bulan yang sengaja menyusup masuk ke dalam kediaman tersebut untuk membalas dendam.
Namun, apabila gangguan mistik mula berlaku di rumah itu, keadaan menjadi semakin tidak terkawal, malah Riska sendiri tidak bersedia dengan apa yang bakal berlaku.
Saksikan episod baharu The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan) pada setiap hari Selasa dan Rabu, hanya di aplikasi Viu.
Muat Turun aplikasi Viu secara percuma di App Store, Google Play Store, serta terpilih di Smart TV atau layari laman web rasmi www.viu.com.