Skip to main content

Hiburan

“Hidup Adalah Kitaran, Awak Buat Jahat…” - Uyaina Arshad

Uyaina Arshad

Sekilas

  • Uyaina Arshad berkongsi luahan hati di Threads tentang pengalaman dikecewakan dan bersyukur dengan mereka yang membantu ketika susah.
  • Pelakon Lelaki Kiriman Tuhan itu mengingatkan bahawa setiap perbuatan baik atau jahat akan menerima balasan, sama ada cepat atau lambat.
  • Walaupun tidak menyebut siapa yang dimaksudkan, hantaran Uyaina mendapat sokongan dan doa daripada netizen di ruangan komen.
Advertisement

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad menyorot perhatian apabila memuat naik ciapan luahan hati dipercayai ditujukan kepada pihak yang pernah mengecewakannya.

Menerusi perkongsian di Threads, Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad meluahkan rasa syukur kerana masih dikelilingi insan yang sanggup menghulurkan bantuan ketika dirinya berdepan dengan detik sukar.

Advertisement

Pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu dalam masa yang sama mengakui dia juga tidak akan melupakan mereka yang memilih untuk tidak menghulurkan bantuan ketika dia berada dalam kesusahan.

“Saya tidak akan lupa siapa yang menolong saya di saat saya susah dan siapa yang biarkan saya lemas di saat kesusahan,” luahnya.

Menerusi hantaran yang sama, ibu kepada tiga orang anak ini turut mengingatkan bahawa setiap perbuatan pasti akan menerima balasan sama ada cepat atau lambat.

“Hidup adalah kitaran. Awak buat jahat dekat orang, yang jahat juga awak akan dapat.

“Masa yang akan menentukan bila balasan awak akan terima. Cepat atau lambat saja,” kongsinya lagi.

Walau bagaimanapun, Uyaina tidak memberikan bayangan kepada siapakah hantaran tersebut ditujukan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan Uyaina dipermudah.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement