Skip to main content

Hiburan

“Hidup Bukan Berapa Kali Jatuh Tapi Berapa Kali Kita Bangkit Dengan Lebih Kuat” - Dr. Afifah Hidayah Tawfek

Dr. Afifah Hidayah Tawfek

Sekilas

  • Dr. Afifah Hidayah Tawfek, bekas isteri penyanyi Nubhan, berkongsi kata-kata motivasi di TikTok tentang menghadapi fasa sukar dalam hidup dengan tenang.
  • Beliau menegaskan pengalaman pahit membantu membentuk seseorang menjadi lebih cekal dan kuat dalam menghadapi cabaran.
  • Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan lafaz talak Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah, mengakhiri perkahwinan mereka yang dikurniakan tiga cahaya mata.

Bekas isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah Tawfek berkongsi kata-kata semangat dan motivasi mengenai kehidupan menerusi hantaran di TikTok.

Menerusi perkongsian yang dibuat, Dr. Afifah yang mesra disapa Dr. Fie berpendapat bahawa setiap fasa sukar dalam hidup perlulah dihadapi dengan tenang.

Ujarnya, pengalaman itu akan membantu membentuk seseorang itu menjadi lebih baik.

“Ada benda yang kita lalui, mengajar kita menjadi manusia yang lebih cekal.

“Hidup ini bukan soal berapa kali kita jatuh tapi ia soal berapa kali kita bangkit dengan lebih kuat.

“Pengalaman lalu akan menjadikan kita insan yang lebih baik.”

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian warganet yang rata-ratanya menitipkan kata-kata semangat buat Dr. Fie atas ujian yang menimpanya sejak kebelakangan ini.

“Semangat dan terus kuat Dr. Fie.

“Yang baik-baik saja untuk Dr. Fie,” komen netizen.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie pada Selasa selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement