Skip to main content

Hiburan

“Hidup Saya Tak Mewah, Pernah Meniaga Durian & Cempedak Goreng” - Azar Azmi

Azar Azmi

Sekilas

  • Azar Azmi menafikan pernah mengeluarkan kenyataan untuk berhenti dari dunia hiburan dan memilih untuk menyepi atas permintaan keluarga mentuanya.
  • Azar juga menafikan dakwaan penipuan wang besar dan menjelaskan kehidupannya tidak semewah yang digambarkan, malah pernah berniaga kecil-kecilan.
  • Suaminya, Mohd Apri Hazreen, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan penipuan dan dibenarkan jaminan dengan syarat tertentu, manakala Azar kini fokus membesarkan anak-anak.

Pelakon, Azar Azmi memaklumkan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan mahu berhenti dari dunia hiburan.

Dakwa pemilik nama Siti Azar Ameerah Azmi ini pilihannya untuk menyepi dari dunia seni adalah kerana mahu memenuhi permintaan keluarga mentuanya.

“Saya tak ada keluar kenyataan yang mengatakan nak pencen berlakon.

“Sebenarnya menghormati keputusan keluarga mentua,” katanya dalam satu temu bual.

Tambah Azar, dakwaan yang mengatakan dirinya melakukan penipuan sejumlah wang dengan amaun yang besar juga tidak selari memandangkan hidupnya tidak semewah seperti yang disangka sesetengah pihak.

“Saya tidak semewah apa yang tulis dalam tajuk berita tetapi orang tak percaya.

“Saya pernah meniaga durian, cempedak goreng. Kalau nak katakan memang benar cerita viral itu kemudian pihak berkuasa ambil saya, kalau betul saya guna duit itu, saya puas hati.

“Masalahnya kehidupan yang saya hadap dengan jumlah duit yang dalam tajuk berita itu tidak selari. Nak makan pun seadanya saja,” kongsinya.

Diminta mengulas adakah dirinya terasa bagai dianiayai pasangan sendiri, pelakon berusia 35 tahun ini enggan mengulas lanjut.

Ujar Azar, fokus utamanya ketika ini adalah untuk membesarkan anak-anak.

“Bila berkeluarga, pastilah kita nak ada pasangan yang boleh berpaut bersama.

“Tapi bila benda sudah jadi macam ini, entahlah. Saya rasa sudah tak boleh nak fikir fasal orang lain sebab perlu besarkan anak-anak,” ujarnya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim memberitahu pelakon yang popular menerusi drama Isteri Misteri ini dibebaskan dan akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan kedua-dua kes.

Dalam prosiding yang berlangsung suaminya Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan.

Mohd. Apri membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam dan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa telah menipu seorang lelaki berusia 56 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran sebanyak RM270,811 secara dalam talian ke akaun bank milik seorang penama wanita berusia 35 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd. Zainal menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan atas alasan menghidap sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan gout.

Mahkamah Sesyen kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM25,000 dengan seorang penjamin bukan isteri beserta syarat tambahan.

Sementara itu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki berusia 49 tahun untuk membuat pembayaran wang sebanyak RM23,120 bagi urusan mendapatkan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk.

Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 sebelum Majistret Nurul Saqinah Rosli membenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dan sebutan semula pada 15 April.

Sumber: Melodi

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Must-Watch Video

Advertisement