Skip to main content

Hiburan

“Hidup Terlalu Singkat Untuk Dibandingkan” - Elica Paujin

Astrogempak ELICA PAUJIN

Sekilas

  • Elica Paujin tidak melatah apabila dibandingkan dengan Aisha Retno dan menegaskan setiap individu ada perjalanan dan rezeki tersendiri.
  • Beliau menyeru semua untuk menghargai nikmat yang ada dan menjauhi sikap negatif serta perbandingan yang tidak berfaedah.
  • Perbandingan antara Elica dan Aisha tercetus selepas seorang individu membuat hantaran di media sosial yang mencetuskan perdebatan.

Penyanyi, Elica Paujin dilihat tidak melatah apabila ada individu cuba membandingkan perjalanan seninya bersama dengan rakan seindustri, Aisha Retno.

Menurut Elica, setiap orang mempunyai laluan, rezeki dan garis masa tersendiri yang tidak wajar dibandingkan antara satu sama lain.

“Orang yang berbeza, perjalanan yang berbeza, garis masa yang berbeza. Hidup ini terlalu singkat untuk membuat perbandingan. Kita raikan setiap perkara dan hargai setiap nikmat yang diberikan,” tulisnya.

Dalam masa sama, Elica turut menitipkan doa agar semua pihak sentiasa dikurniakan hati yang penuh kesyukuran serta menjauhi sikap negatif.

“Semoga Tuhan memberkati hati kita dengan rasa syukur berbanding perbandingan, kebaikan berbanding penghakiman dan ketenangan berbanding negatif.” ujarnya lagi.

Terdahulu, seorang individu mencetuskan perdebatan apabila membuat perbandingan antara kedua-dua penyanyi tersebut menerusi satu hantaran di media sosial.

“Si Juara Big Stage 2022, Elica Paujin yang masih tersekat dalam rantaian lagu-lagu etniknya dan si nombor tiga yang sedang mendunia serta menyusun atur lagu pop dengan baiknya, Aisha Retno,” kata individu tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement