Skip to main content

Berita Tempatan

Hikmah Tukar Tarikh Konsert, Impian Nourul Duet MimiFly Tercapai

Astro Gempak nourul mimi

Sekilas

  • Nourul akan mengadakan konsert For You Nourul pada 30 Mei 2026 di Zepp Kuala Lumpur sebagai penganjur sendiri di bawah ND Entertainment.
  • Konsert ini menampilkan kolaborasi duet bersama Mimi Fly yang dipilih kerana semangat pemberdayaan wanita dan hubungan rapat mereka.
  • Tiket konsert boleh dibeli dalam beberapa kategori harga bermula dari RM198 hingga RM6,000 melalui Ticket2u.com.

Melalui jalan berliku sejak hasrat mengadakan Konsert For You Nourul yang sempat tergendala dan bertukar penganjur, kini berkat keyakinan dan kesabaran kelahiran Pulau Pinang itu mula menunjukkan hasil positif.

Selepas berjaya memperoleh tarikh baharu iaitu pada 30 Mei 2026 dengan Nourul mengambil risiko menjadi penganjur konsert sendiri buat pertama kali di bawah payung ND Entertainment, For You Nourul tidak lagi menoleh ke belakang.

Antara salah satu impian yang sudah pun di dalam gengaman adalah mendapatkan penyanyi yang cukup diminati sebagai rakan duet. Penyanyi wanita tersebut adalah Mimi Fly.

Menurut Nourul, pemilihan Mimie Fly untuk terlibat dalam segmen duet bersamanya adalah kerana semangat pemberdayaan wanita (women empowerment).

“Saya peminat Mimi Fly dan saya mahu membawa semangat women empowerment dalam segmen duet kami. Secara peribadi saya melihat kami berdepan cabaran karier yang lebih kurang sama dan ya, apabila Mimi bersetuju dia telah memenuhi impian saya,” ujar Nourul mengenai pemilihan Mimi Fly dalam For You Nourul di Zepp Kuala Lumpur 30 Mei ini.

Nourul ditemui media pada sidang akhbar For You Nourul yang diadakan di Smith & Wollensky Menara 3, Persiaran Petronas, KLCC. Majlis tersebut turut dihadiri wakil penaja-penaja termasuk Sogo Malaysia, Air Asia, Sari Ratu Malaysia, Hotel Concorde Kuala Lumpur, Yes to Wellness dan Salon Rizokimura.

Sementara itu, Mimi Fly mengungkapkan perasaan teruja kerana dapat memenuhi bukan hanya impian Nourul tetapi dirinya sendiri sebagai seorang peminat yang membesar dengan lagu-lagu penyanyi itu.

“Saya sangat teruja untuk terlibat dalam konsert ini. Kak Nourul adalah penyanyi senior yang selalu ada dalam perjalanan karier saya, menyokong saya jadi kolaborasi kami dalam konsert ini adalah tepat buat saya,” katanya Mimi Fly.

Penyanyi lagu Serumpun itu malah mendedahkan penukaran tarikh baharu kepada 30 Mei 2026 umpama hikmah buat mereka berdua.

Menurutnya jika Nourul meneruskan konsert pada tarikh asal, dia tidak dapat terlibat kerana berada di Filipina.

“Dalam perbualan kami, saya sempat berseloroh, ‘tukar tarikh lah sis’. Baru kita boleh buat bersama.

“Tak sangka memang betuk-betul tukar tarikh dan bila kak Nourul hubungi saya semula bertanya tentang tarikh baharu, saya terus setuju sebab saya sayang dia,” ujar Mimi Fly.

Lebih menarik semua perbincangan berlangsung di media sosial melalui DM. Ujar Nourul: “Saya DM Mimie Fly masa nak buat konsert dan hampir semua perbualan berlangsung dalam DM.”

Kedua penyanyi ini bagaimanapun masih merahsiakan judul lagu kolaborasi yang bakal menerima sentuhan gubahan baharu daripada Pengarah Muzik For You Nourul, Eddie Slam.

Namun kedua-duanya berjanji baik persembahan solo mahupun kolaborasi, ia akan dipersembahkan sepenuh jiwa.

Tiket menyaksikan For You Nourul boleh dibeli pada harga dengan beberapa kategori iaitu RM198 (Sehati Sejiwa), RM298 (Cinta Azali), RM328 (Keliru), RM388 (Kerana Terluka), RM6,000 (VIP Box) menerusi Ticket2u.com.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Must-Watch Video

Advertisement