Skip to main content

Hiburan

Hilang, Anak Rapper Lil Jon Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah

Anak
Advertisement

Kehilangan anak lelaki rapper Lil Jon, Nathan Smith sehari selepas dilaporkan ‘lari rumah’ berakhir dengan tragis apabila ditemui maut dalam kolam berdekatan kediaman mereka di Georgia.

Smith atau nama pentasnya, DJ Young Slade yang juga merupakan seorang penerbit lagu dan rapper meninggal dunia pada usia 27 tahun.

Advertisement

Mayatnya ditemui pihak berkuasa dalam kolam berhampiran kediaman keluarga pada 6 Februari 2026, lapor NBCNews.

Lil Jon menerusi kenyataan rasmi berkata: “Saya dan isteri sangat berduka cita dengan tragedi kehilangan anak lelaki kami, Nathan Smith.

“Dia merupakan seorang anak yang sangat baik, penyayang, sopan dan berjiwa besar terhadap pekerjaannya. Dia juga sangat menyayangi keluarga serta kawan-kawannya.”

"Dia seorang yang luar biasa dan kami cinta serta sangat berbangga dengannya. Kami hargai setiap detik yang telah dihabiskan bersamanya. Terima kasih atas doa yang anda semua kirim buat Smith.”

Terdahulu, pihak polis menerima laporan Smith telah hilang daripada rumah sekitar pukul 6 pagi waktu tempatan. Polis menemui mayatnya sehari selepas pencarian dibuat dan motif kematian masih dalam siasatan.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement