Skip to main content

Berita

Hilang Satu Doa Dalam Hidup, Ziana Zain Syukur Sempat Jaga Arwah Bapa - “Memang Kat Kubur Kita Menangis Tapi…”

Ziana menangis

Penyanyi, Ziana Zain meluahkan rasa sedih selepas kehilangan bapanya, Zain Abdullah.

Jelas Ziana, kehilangan bapanya itu ibarat kehilangan satu doa dalam hidupnya.

Advertisement

"Memang rasa sedih itu ada kalau tanya saya mesti sedih tapi saya dah kena set mind sebab doktor kata cepat atau lambat.

"Memang kat kubur kita menangis tapi selepas ini kita tak tahu apa akan jadi seminggu dua minggu ini.


"Saya dah tak ada seorang untuk doakan untuk saya tinggal mak sorang sahaja kita nak ibu bapa kan tapi sorang dah tak ada itu yang buat saya sedih," katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Madah Berhelah itu meluahkan rasa syukur kerana dia dan adik beradik yang lain dapat menjaga Allahyarham sehingga hembusan nafas terakhir.


"Kita selalu rasa bapa kita itu security kita walaupun dia terbaring orang tak boleh buat main-main dengan saya sebab saya ada bapa tapi Allah dah amik hak dia. Saya kena kuat sebab saya ada ibu, adib beradik, anak-anak saya.

"Sebab keluarga kami sangat bersatu, itu yang ibu bapa saya, sehingga ke hujung nafas kami semua bersatu. Akhir kita adik beradik semua dapat jaga bapa sangat bersyukur dalam satu rumah," tambahnya.

Terdahulu, Allahyarham Zain disahkan meninggal dunia di kediaman mereka di Subang Permai, Selangor sekitar pukul 2.50 petang.

Arwah menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina, Shah Alam tepat jam 7.00 malam.

Must-Watch Video