Skip to main content

Hiburan

Hisyam Hamid Menang ‘Pelakon Pembantu Terbaik’, Astro Bawa Pulang Trofi ‘The Best Game Or Quiz Show’ Di Academy Creative Awards 2025

AACA

Pelakon, Hisyam Hamid berjaya merangkul Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2025 yang berlangsung di Singapura.  

 

Hisyam memenangi kategori tersebut menerusi lakonannya dalam filem Memori dan berjaya menewaskan Hugo Weaving (Australia),  Nicholas Yuen (Hong Kong), Ranvir Shorey  (India), Piolo Pascual (Filipina), Datuk Hans Isaac (Singapura), Hao Hsiang Hsu (Taiwan) serta Gun Atthaphan Phunsawat (Thailand). 

 

Sementara itu, Astro pula berjaya merangkul anugerah The Best Game or Quiz Show menerusi program SME S.W.A.T.

 

Program SME S.W.A.T berjaya menewaskan saingan lain seperti negara Hello, Saturday (China),  Say It Right! S2 (Singapura) dan Cheng Ren Detective Club (Taiwan).

 

Terdahulu, syarikat hiburan dan kandungan terkemuka Malaysia, Astro melakar sejarah apabila berjaya merangkul 16 anugerah pada Asian Academy Creative Awards 2025 (AAA 2025). 

 

Kategori yang telah dimenangi oleh Astro antaranya adalah Best General Entertainment Programme, Best Entertainment Host, Best Branded Programme, Best Actress In A Leading Role dan Best Game Or Quiz Programme.

 

Sementara itu, Astro Shaw juga berjaya membawa pulang anugerah menerusi filem Keluang Man yang memenangi anugerah Best Visual Or Special FX (TV Or Feature Film) dan Project: Exit lakonan Mierul Aiman merangkul anugerah ⁠Best Sound - Audio Aficionado.

 

Asian Academy Creative Awards 2025 telah berlangsung di Capitol Theater, Singapura pada 4 Disember.

Must-Watch Video

Advertisement