Skip to main content

Hiburan

Hoondoo Teruja Nak ‘Perform’ Konsert Countdown KITA 2026, Bakal Nyanyi Lagu Dalam Tiga Bahasa

Hoondoo

Sekilas

  • Hoondoo akan membuat persembahan istimewa di Konsert Countdown KITA 2026 dengan menyanyikan tiga lagu dalam tiga bahasa berbeza iaitu Melayu, Korea, dan Inggeris.
  • Mereka mengakui cabaran menembusi pasaran seni Malaysia selepas Big Stage 2023, namun tetap bersemangat untuk terus mencuba dan berkembang.
  • Hoondoo juga bercadang untuk cuba genre dangdut bagi mendekatkan diri dengan peminat tempatan dalam usaha mengukuhkan kerjaya mereka.

Menjelang persembahan Konsert Countdown KITA 2026 yang bakal berlangsung malam ini, alumni program Big Stage 2023 iaitu Hoondoo meluahkan rasa teruja namun dalam masa yang sama sedikit gementar untuk membuat persembahan di hadapan penonton.

Menurut Hoondoo, mereka bakal tampil dengan kelainan tersendiri apabila bakal menyanyikan tiga buah lagu dalam tiga bahasa berbeza.

“Kami rasa seronok dan dalam masa yang sama berasa sedikit takut untuk persembahan malam ini.

“Untuk kelainan malam ini, kami akan menyanyikan tiga buah lagu dengan tiga bahasa berlainan iaitu bahasa Melayu, Korea dan Inggeris,” katanya kepada Gempak.

Hondoo berkongsi perkara tersebut ketika ditemuai usai program MeleTOP, malam Selasa.

Mengulas mengenai perjalanan karier, Hoondoo mengakui agak sukar untuk mereka menembus pasaran mereka namun itu tidak menjadi satu halangan buat mereka untuk terus mencuba.

Ujar Hoondoo, mereka juga mahu mencuba genre yang baharu seperti dangdut bagi mendekatkan lagi diri dengan pasaran industri hiburan Malaysia.

“Selepas Big Stage agak susah juga untuk kami mengembangkan lagi karier seni kami di sini tetapi kami banyak mendapat sokongan daripada kawan-kawan yang sedikit sebanyak telah membantu kami.

“Kami harap tahun 2026 nanti akan menjadi tahun yang lebih baik buat kami lebih-lebih lagi karier kami di Malaysia.

“Kami juga bercadang untuk mencuba menyanyikan genre dangdut supaya menjadi lebih dekat dengan rakyat Malaysia,” kongsi mereka.

Selain Hoondoo, konsert yang bakal berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya ini turut menampilkan beberapa artis seperti Wani Kayrie, Alleycats, Ella, ALPHA, Faizal Tahir, Hael Husaini dan ramai lagi.

Must-Watch Video

Advertisement