Skip to main content

Indonesia

Hos Sanggup Hutang Bank RM2 Juta Demi Tunai Hasrat Bekas Isteri Ubah Suai Rumah

Hos Sanggup Hutang Bank RM2 Juta Demi Tunai Hasrat Bekas Isteri Ubah Suai Rumah

Sekilas

  • Ruben Onsu didakwa berhutang sekitar RM2.73 juta untuk pengubahsuaian rumah milik bekas isterinya, Sarwendah, yang dilakukan atas permintaan beliau.
  • Kerja pengubahsuaian dikendalikan oleh syarikat kontraktor milik bapa Sarwendah dan kos keseluruhan mencecah kira-kira RM2.89 juta dengan 41 bukti transaksi diserahkan.
  • Ruben juga membayar ansuran bulanan pinjaman rumah sekitar RM98,000 sebelum menangguhkan pembayaran, menjadikan isu harta sepencarian semakin hangat selepas perceraian mereka.
Advertisement

Kisah kehidupan rumah tangga hos terkenal Indonesia, Ruben Onsu dengan Sarwendah menjadi lebih ‘panas’ selepas mereka bercerai.

Pasangan yang sebelum ini terlihat sangat bahagia dan harmoni sebagai suami isteri rupanya tidak kurang memiliki banyak ‘sisi hitam’ dan semuanya terbongkar selepas sedekad hidup bersama.

Advertisement

Salah satu hal ‘dalam kain’ yang kini didedahkan kepada umum selepas mereka membawa masalah rumah tangga ini ke mahkamah adalah Ruben didakwa sanggup berhutang jutaan ringgit demi merialisasi impian bekas isterinya.

Menerusi peguamnya, Minola Sebayang, Ruben mendedahkan kediaman yang kini diduduki Sarwendah telah menjalani beberapa pengubah suaian yang membuat dirinya perlu berhutang sekitar RM2.73 juta dengan bank.

Menurut laporan Kompas, kediaman tersebut dibeli menggunakan wang hasil titik peluh Ruben  sendiri dan sijil pemilikannya didaftarkan atas nama beliau.

Menurut Minola, Ruben pada mulanya tidak berhasrat untuk mengubah suai rumah tersebut. Namun,  berubah selepas Sarwendah dikatakan berulang kali meminta agar kediaman berkenaan diubah suai.

"Keinginan Sarwendah untuk terus melakukan pengubah suaian terhadap rumah itu sangat besar," katanya seperti dipetik daripada program Intens Investigasi.

Lebih mengejutkan, kerja-kerja pengubahsuaian itu dikatakan dikendalikan oleh syarikat kontraktor milik bapa Sarwendah yang kini telah meninggal dunia.

Demi merealisasikan kediaman impian bekas isterinya itu, Ruben didakwa sanggup membuat pinjaman bank kira-kira RM2.73 juta, selain mengeluarkan lebih RM2.89 juta bagi menampung kos pengubahsuaian lainnya.

Menurut Minola, semua bayaran kepada kontraktor dibuat secara berperingkat dan pihaknya turut mengemukakan 41 bukti transaksi pemindahan wang bagi menyokong dakwaan tersebut.

Setiap pembayaran kebanyakannya berjumlah sekitar RM65,000, menjadikan keseluruhan kos renovasi mencecah kira-kira RM2.89 juta.

Dalam masa sama, Ruben juga terus membayar ansuran pinjaman rumah yang menggunakan sijil hartanah itu sebagai cagaran. Difahamkan, beliau membayar ansuran bulanan sekitar RM98,000 sebelum mengambil keputusan untuk menangguhkan pembayaran.

Pendedahan itu dibuat ketika isu berkaitan harta sepencarian dan hak pemilikan rumah terus menjadi perhatian susulan perceraian Ruben Onsu dan Sarwendah, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.

Anda mungkin berminat dengan

【SHIPPING PROMO】【DJ 2026】50-80cm Foldable 2-Door Storage Cabinet with Wheels Rak Kabinet LipatBeroda

【SHIPPING PROMO】【DJ 2026】50-80cm Foldable 2-Door Storage Cabinet with Wheels Rak Kabinet LipatBeroda

🔥Cat Paw 4/5 Tier Corner Rack Storage Toilet Rack Bathroom Rack Kitchen Rack Floor Shelf Punch-Free Rak Bilik Mandi 浴室架

🔥Cat Paw 4/5 Tier Corner Rack Storage Toilet Rack Bathroom Rack Kitchen Rack Floor Shelf Punch-Free Rak Bilik Mandi 浴室架

GOOJODOQ High-Speed 90° Adjustable Angle Quite Desk Fan With LED Display

GOOJODOQ High-Speed 90° Adjustable Angle Quite Desk Fan With LED Display

NR Lerberg 5 Tier Multipurpose Storage Rack Metal Bookshelf Slanted Shelves / Rak Besi / Rak Serbaguna Rak Buku Murah 架子

NR Lerberg 5 Tier Multipurpose Storage Rack Metal Bookshelf Slanted Shelves / Rak Besi / Rak Serbaguna Rak Buku Murah 架子

Synergy House Carmelo 2.9ft Square Coffee Table for Living Room Meja Kopi

Synergy House Carmelo 2.9ft Square Coffee Table for Living Room Meja Kopi

Automatic Aroma Diffuser Rechargeable Fragrance Machine Air Humidifiers Digital Display Air Freshener Perfume 香氛机香薰机

Automatic Aroma Diffuser Rechargeable Fragrance Machine Air Humidifiers Digital Display Air Freshener Perfume 香氛机香薰机

Must Watch Video

Advertisement