Skip to main content

Hiburan

"Hujah Lagu Lelaki Akan Memperlihatkan ‘Suara Sebenar’ Saya Itu Agak Cetek" - Amsyar Lee

"Hujah Lagu Lelaki Akan Memperlihatkan ‘Suara Sebenar’ Saya Itu Agak Cetek" - Amsyar Lee

Sekilas

  • Amsyar Lee menegaskan suara countertenornya adalah suara sebenar dan jantina penyanyi asal lagu tidak menentukan keaslian teknik vokalnya.
  • Beliau kecewa dengan istilah negatif seperti 'suara kepit' dan 'suara tipu' yang dianggap mengecilkan perjalanan seni sebagai penyanyi countertenor.
  • Amsyar terbuka menerima teguran tetapi mahu diberi ruang untuk menjelaskan pendiriannya berhubung isu yang melibatkan dirinya.
Advertisement

Penyanyi, Amsyar Lee meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak menganggap menyanyikan lagu lelaki akan dapat memperlihatkan ‘suara sebenar’ dirinya.

Menurut Amsyar, countertenor merupakan jenis vokal sebenar dan jantina penyanyi asal sesebuah lagu tidak menentukan sama ada teknik vokal yang digunakannya tulen atau sebaliknya.

Advertisement

“Cadangan menyanyikan lagu lelaki itu sendiri sudah jadi sebagai satu eksperimen, tetapi hujah bahawa lagu lelaki akan memperlihatkan ‘suara sebenar’ saya itu agak cetek.

“Countertenor tetap suara sebenar dan jenis vokal. Jantina penyanyi asal tak menentukan sama ada teknik vokal saya tulen atau palsu.

“ Malah saya dah pun menyanyikan lagu ‘lelaki’ di platform lain, jadi cabaran itu bukan sesuatu yang saya belum pernah cuba,” katanya.

Dalam pada itu, Amsyar turut mempersoalkan penggunaan istilah seperti ‘suara kepit’, ‘suara tipu’ dan ‘meniru suara penyanyi wanita’ yang menurutnya boleh membentuk tanggapan negatif terhadap dirinya sebagai seorang penyanyi countertenor.

“Ada satu bahagian paling bermasalah bagi saya iaitu mengambil istilah negatif macam ‘suara kepit’, ‘suara tipu’ dan ‘meniru suara penyanyi wanita’ untuk membentuk sebuah tanggapan negatif.

“Itu sudah pun mengecilkan perjalanan saya daripada seorang penyanyi countertenor kepada sekadar ‘pencipta kandungan yang meniru suara," ujarnya.

Amsyar turut meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa dirinya tidak diberikan ruang untuk menjawab teguran yang dibuat terhadapnya.

Bagaimanapun, Amsyar menegaskan bahawa dia tetap terbuka menerima teguran, namun pada masa sama mahu diberikan ruang untuk menjelaskan pendiriannya apabila melibatkan perkara berkaitan dirinya.

Berikut merupakan perkongsian penuh Amsyar Lee: 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement