Skip to main content

Hiburan

Hutang Cecah RM200,000, Iqbal Zulkefli Kecewa Ramai Pinjam Tapi Belum Bayar - “Bila Minta, Saya Yang Kena Marah Balik”

Iqbal Zulkefli

Sekilas

  • Iqbal Zulkefli dedah lebih RM200,000 wang pinjaman dari beberapa individu masih belum dibayar balik.
  • Dia pilih berdiam demi jaga hubungan, tapi sering dimarahi bila minta hutang dipulangkan.
  • Pengalaman itu buat Iqbal lebih berhati-hati dan kurang percaya orang, terutama bab pinjam-meminjam duit.

Pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli, meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa sejumlah besar wang yang dipinjamkannya kepada beberapa individu masih belum dibayar semula.

Menerusi ciapan di Threads, Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli mendedahkan jumlah keseluruhan wang yang masih belum dipulangkan dalam bentuk hutang mahupun servis mencecah lebih RM200,000.

“Saya baru tersedar lepas kira-kira orang ambil duit saya, sama ada hutang atau servis, lebih dari RM200,000,” kongsinya.

Ujar Iqbal, dia memilih untuk berdiam diri untuk menjaga hubungan baik namun pelik apabila dia pula dimarahi setiap kali meminta hutang.

“Saya ni jenis diam demi menjaga hubungan baik. Malah kalau minta balik duit sendiri, saya yang kena marah balik,” tambahnya.

Tambah Iqbal, situasi itu juga membuatkan dirinya menjadi lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain terutama sekali perkara melibatkan duit.

“Percayalah, dalam 30 orang yang saya bagi pinjam, ada dalam 5 orang saja yang bayar balik.

“Kesemua bersumpah nama Allah, berjanji, tetapi apabila saya minta balik, putus terus hubungan. Nampak saya semacam jahat. Sebab itu saya tidak beria berkawan,” tambahnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement