Skip to main content

Hiburan

“I Dah Maafkan You Tapi Tak Mampu Melupakan” - Bekas Isteri Haqiem Stopa

Haqiem Stopa

Sekilas

  • Aireena Sofia, bekas isteri Haqiem Stopa, berkongsi momen Haqiem meluangkan masa bersama anak sulung mereka, Hud.
  • Aireena memaklumkan dia sudah memaafkan Haqiem tetapi tidak mampu melupakan, serta mendoakan agar Hud membesar menjadi anak yang baik dan Haqiem menjadi bapa yang baik.
  • Perkongsian tersebut meraih lebih 2.3 juta tontonan dan 230,000 tanda suka di TikTok.
Advertisement

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, Haqiem Stopa iaitu Aireena Sofia menyorot perhatian ramai apabila berkongsi momen bekas suaminya itu yang meluangkan masa bersama anak sulung mereka yang bernama Hud.

Menerusi perkongsian yang dibuat, Aireena yang mesra disapa Jane memaklumkan bahawa dia telah memaafkan segala kesalahan Haqiem namum mengakui tak mampu melupakan.

Advertisement

Dalam masa yang sama, Jane turut menzahirkan doa agar Hud dapat membesar menjadi anak yang baik serta Haqiem akan terus menjadi bapa yang baik buat anak mereka itu.

“I dah maafkan you tapi tak mampu melupakan. Semoga Hud membesar menjadi anak yang baik dan you boleh jadi ayah yang baik buat Hud,” kongsinya.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 2.3 juta tontonan serta lebih 230,000 tanda suka.

Untuk rekod, Jane dan Haqiem mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Walau bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila sah bercerai pada 13 Januari yang lalu.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement