Skip to main content

Hiburan

"I Wish I Can Tell Her..." - Elfira Loy

"I Wish I Can Tell Her..." - Elfira Loy

Sekilas

  • Elfira Loy berkongsi pesanan arwah ibunya, Filzah Yusoff, yang selalu mengingatkan supaya telekung diseterika kemas sebelum solat.
  • Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang turut terinspirasi untuk menjaga telekung mereka dengan lebih rapi sebagai tanda hormat ketika beribadah.
  • Arwah Filzah meninggal dunia selepas menjalani prosedur perubatan berisiko tinggi pada 6 Ogos lalu, dan Elfira memohon doa agar segala urusan dipermudahkan.
Advertisement

Pelakon, Elfira Loy menyorot perhatian netizen selepas berkongsi satu pesanan daripada arwah ibunya, Filzah Yusoff.

Menerusi perkongsian tersebut, Elfira teringat akan pesanan ibunya yang sering mengingatkan mereka supaya memastikan telekung dalam keadaan kemas sebelum menunaikan solat.

Advertisement

“I wish I can tell her, sekarang bukan kakak je dengar cakap Mama. Ramai dengar cakap Mama, ‘gosok telekung tu bagi rapi sikit nak pi semayang’.

“Mesti Mama happy sebab anak dia ketegaq sikit,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan nasihat yang diberikan oleh ibu kepada pelakon drama Tentang Bulan itu.

“I la salah sorang tu. Tq mama. Semoga pahala berterusan.

“I oso do the same things after i read all the stories abt ur mama, i terus rasa tersentap when ur mama said "kita jumpa Allah pun kena kemas elok" sekarang terus gosok telekung . al-fatihah ❤️

“Pakai baju baru, mandi tu mmg selalu buat. Gosok gigi biar wangi. Tu mmg selalu buat. Tp gosok telekung tu tak pernah buat.. Tapi Insha Allah lepas ni nak kumpul telekung byk2.. Selalu kumpul baju je 🥹🥹 kali ni azam nak kumpul telekung. Setiap hari satu.. Iron setiap telekung. Biar cantik2 kemas jumpa Allah. Masha Allah.

“El, please share more. moga bermanfaat juga untuk kami yang kurang ilmu ni.

“Tq el sharing.. rindu arwah mummy saya jugak, anak mummy ni pun ketegaq jugak,” komen netizen.  

Terdahulu, Allahyarhamah Filzah, 61, menghembuskan nafas terakhir pada pagi Ahad selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan ketika menerima rawatan di sebuah hospital susulan menjalani satu prosedur perubatan berisiko tinggi, pada 6 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Elfira tidak mendedahkan secara terperinci mengenai tahap kesihatan ibunya, sebaliknya memohon orang ramai mendoakan agar prosedur itu berjalan lancar.


 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement